Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasukan vaksinasi bergerak bagi warga emas

Aug 05, 2021 | 05:30 AM



PASUKAN vaksinasi bergerak memberi vaksin Covid-19 kepada warga emas di pusat Rangkaian Penduduk Teck Ghee Vista di Ang Mo Kio semalam.



Inisiatif tersebut sebahagian usaha pemerintah meningkatkan jangkauan untuk mengalak warga emas mendapatkan vaksinasi.



Pasukan vaksinasi bergerak itu dikerahkan di kawasan berhampiran tempat tinggal ramai warga emas, seperti di kelab masyarakat dan pusat masyarakat yang belum digunakan sebagai pusat vaksinasi, atau di pusat jawatankuasa penduduk.



Khidmat itu melengkapi usaha vaksinasi utama di pusat vaksinasi serata Singapura, yang kesemuanya boleh diakses kerusi roda.



Hingga Isnin lalu, 79 peratus warga berusia 70 tahun ke atas telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.



Keseluruhannya, 61 peratus penduduk Singapura telah menamatkan proses vaksinasi dua dos penuh.



Warga emas berusia 60 tahun ke atas juga boleh pergi ke sembarang pusat vaksinasi yang ada - tanpa perlu membuat janji temu terlebih dahulu - untuk menerima dos vaksinasi pertama, dengan membawa kad pengenalan mereka, atau berjumpa doktor di mana-mana Klinik Kesediaan Kesihatan Awam (PHPC) atau poliklinik yang mengambil bahagian.



Mereka yang tidak dapat pergi ke pusat vaksinasi boleh memohon untuk menerima vaksinasi di rumah dengan menelefon Pejabat Generasi Warga Emas di 1800-650-6060.



Untuk menyasarkan perkhidmatan ini kepada warga emas yang benar-benar memerlukannya, ia disediakan khusus bagi mereka yang tidak dapat keluar rumah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >