Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pavilion menghijau SG disambut hangat di gurun Dubai

Nov 05, 2021 | 05:30 AM



PAVILION Singapura di pameran Expo 2020 Dubai mendapat sambutan hangat, dengan lebih 100,000 orang telah mengunjunginya dalam masa sebulan sejak ekspo itu dibuka pada awal Oktober.



Sedang sekatan perjalanan masih berkuat kuasa di banyak tempat, pavilion tersebut membawa Singapura kepada pengunjung pameran di kota Amiriah Arab Bersatu (UAE) itu yang berada di tengah padang pasir.



Bahkan, pavilion yang penuh dengan kehijauan itu sendiri mencerminkan landskap bandar tropika Singapura, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pavilion Singapura, Cik Yap Lay Bee.



Dalam satu wawancara dengan Berita Harian (BH), Cik Yap berkata pavilion yang bertemakan 'Nature. Nurture. Future' itu memaparkan wawasan Singapura sebagai Bandar Dalam Alam Semula Jadi, sebagai sebahagian daripada Pelan Hijau Singapura 2030.



"Penghijauan pavilion itu bukan sahaja mempunyai fungsi estetik, bahkan penghijauan dan landskap yang subur itu juga memaparkan Singapura yang menawan dan memandang ke depan, serta mampan, sesuai didiami, dan berdaya tahan," kata Cik Yap.



Tambahnya, Pavilion Singapura mencerminkan masa depan yang membolehkan mana-mana bandar, termasuk yang berada dalam sekitaran yang sukar, untuk dijadikan lebih selesa didiami menerusi perancangan bandar dan reka bentuk yang bijak dan mampan.



Pavilion itu sendiri direka untuk menjadi ekosistem yang mampu diri, dan bertujuan mencapai tenaga sifar bersih menerusi sistem penghijauan, pengurusan tenaga dan air yang bersepadu.



Ini dilakukan antara lain menerusi penjanaan tenaga suria yang dipasang di bumbung pavilion, penyahgaraman air bawah tanah untuk menyiram pokok, dan pengubahan sisa makanan menjadi air kelabu (grey water) untuk mengurangkan sisa yang perlu dibawa keluar.



Pavilion tersebut turut memaparkan bagaimana Singapura mengurus sumbernya untuk tumbuh secara mampan, dan usahanya dalam menerapkan alam semula jadi dalam landskap bandar.



Malah, pavilion itu dianggap sebagai antara paling menghijau di Expo tersebut dengan mengetengahkan lebih 80,000 tanaman daripada 170 jenis.



Tanaman itu berasal dari habitat yang rencam, dari hutan rimba tropika hingga habitat bakau yang merupakan ciri penting dalam sekitaran semula jadi Singapura.



Kebanyakan tanaman itu diperoleh dari tapak semaian di Dubai dan Thailand, kata Cik Yap.



Usaha pemerolehan itu bermula pada 2019, dan lebih 150 pokok dan palma ditanam lebih awal di tapak semai Dubai.



Perancangan Pavilion itu sendiri telah memakan masa lebih tiga tahun sebelum akhirnya dibuka kepada orang awam pada 1 Oktober lalu.



Pasukan Pavilion itu juga perlu menyesuaikan diri kepada kesan pandemik dengan menyemak dan menyesuaikan pelan asalnya hingga dapat membangunkan pavilion tersebut dengan lancar, kata Cik Yap.



"Jika ada sesuatu yang telah ditunjukkan dalam pandemik ini, kini lebih penting bagi negara untuk bersatu bagi menghuraikan masalah untuk masa depan.



"Pavilion ini memberi isyarat tentang kesediaan kami untuk menerajui dan menyertai perbincangan, serta mempermudah pertukaran pengetahuan dan idea antara penginovasi setempat dan pengunjung antarabangsa," kata Cik Yap.



Katanya lagi, pavilion tersebut menggariskan hubungan dua hala yang rapat antara Singapura dan UAE.



Pavilion Singapura di Expo 2020 Dubai juga satu perkara yang membanggakan bagi negara dan rakyat Singapura.



"Menerusi pelbagai huraian bandar bijak yang dipaparkan di Pavilion Singapura, kami berharap dapat membuka minda pengunjung kepada idea bahawa sebuah bandar yang mampu diri, mampan, berdaya tahan serta sesuai didiami boleh dibangunkan di mana-mana di dunia, walaupun di landskap padang pasir, dan khususnya dalam dunia pascapandemik," kata Cik Yap.



Acara Expo 2020 Dubai, yang memaparkan 192 pavilion negara tahun ini, bermula 1 Oktober lalu dan akan berlangsung hingga 31 Mac tahun depan.




"Menerusi pelbagai huraian bandar bijak yang dipaparkan di Pavilion Singapura, kami berharap dapat membuka minda pengunjung kepada idea bahawa sebuah bandar yang mampu diri, mampan, berdaya tahan serta sesuai didiami boleh dibangunkan di mana-mana di dunia, walaupun di landskap padang pasir, dan khususnya dalam dunia pascapandemik.''
- Cik Yap Lay Bee, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pavilion Singapura




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >