Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai awam pentadbiran, kehakiman antara dapat kenaikan gaji mulai 1 Okt

Sep 12, 2022 | 08:45 PM



PARA pegawai perkhidmatan pentadbiran dan pemegang jawatan kehakiman dan jawatan berkanun terpilih akan menerima kenaikan gaji bulanan mulai 1 Oktober.


Dalam satu kenyataan Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) pada Isnin (12 September), sekitar 300 pegawai perkhidmatan pentadbiran dan 30 pemegang pelantikan kehakiman dan berkanun terpilih itu akan menerima kenaikan gaji antara 5 dengan 12 peratus.


Pemegang jawatan kehakiman terpilih termasuk Ketua Hakim Negara, Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Rayuan, Hakim Mahkamah Tinggi dan Pesuruhjaya Kehakiman.


Pemegang jawatan berkanun terpilih pula termasuk Peguam Negara, Timbalan Peguam Negara, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Ketua Audit Negara.

Pelarasan gaji itu bertujuan memastikan pakej gaji keseluruhan mereka kekal kompetitif.


Kali terakhir gaji mereka disemak adalah hampir 15 tahun lalu.


Sejak itu, jurang dengan penanda aras pasaran telah meningkat dengan ketara, kata PSD.


“Pelarasan ini akan membolehkan perkhidmatan awam untuk terus menarik dan mengekalkan bakat untuk peranan kepimpinan utama,” tambah kenyataan itu.


“Sebagai majikan yang progresif, melangkaui pemberian gaji yang kompetitif, perkhidmatan awam akan terus memperkukuhkan usaha pembangunan merentasi semua skim perkhidmatan. 


“Pegawai pentadbir boleh terus menantikan giliran kerja, petempatan dalam sektor swasta dan awam, serta pencapaian program kepimpinan,” kata PSD.


Ia menambah bahawa PSD akan terus menyemak secara berkala gaji pegawai awam dan menyesuaikannya apabila perlu untuk “secara meluas seiring dengan, tetapi tidak mendahului pasaran”.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >