Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai khidmat asing perlu berhubung secara jelas kedudukan SG

Maliki: Selain tangkis maklumat salah mereka sebenarnya main peranan penting tingkat kerelevanan SG kepada dunia
Aug 13, 2022 | 05:30 AM



PARA pegawai perkhidmatan asing perlu berhubung secara meyakinkan, untuk menjelaskan kedudukan Singapura dan menangkis maklumat yang salah.



Ini kerana mereka berada di barisan hadapan dalam usaha diplomatik Singapura dan memainkan peranan yang penting dalam usaha Singapura untuk terus meningkatkan kerelevanannya kepada dunia.



Itulah yang ditekankan Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, dalam ucapannya di Majlis Anugerah Biasiswa Perkhidmatan Luar Negara petang semalam.



Beliau menambah bahawa sebagai negara kecil yang berbilang kaum dan agama, ia mesti kekal bersatu untuk melakarkan hala tuju masa depan yang lebih koheren.



"Covid-19 telah menggariskan kepentingan diplomasi awam untuk memerangi maklumat yang salah, yang boleh menimbulkan ketakutan, syak wasangka dan menghalang pemulihan dan penggubalan dasar kami," ujar beliau.



Beliau juga menyatakan bahawa sepanjang dua tahun yang lalu, kehidupan warga Singapura telah terganggu oleh pandemik Covid-19 serta persaingan yang semakin sengit antara Amerika Syarikat dan China.



Bahkan, gangguan yang disebabkan oleh teknologi dan perubahan iklim serta pengganasan global juga telah memberi kesan kepada Singapura.



"Singapura adalah sebuah negara yang kecil, mudah terjejas dan sangat terdedah kepada persekitaran luar.



"Penakatan dan kejayaan Singapura tidak boleh diambil dengan mudah dan Kementerian Ehwal Luar (MFA) mempunyai peranan penting untuk terus melindungi dan memajukan kepentingan negara kita," ujar beliau.



Oleh itu, Dr Maliki menggalakkan para penerima Anugerah Biasiswa Perkhidmatan Luar Negara itu untuk turut meluangkan masa untuk terus berkembang, mengalami kehidupan serta meluaskan rangkaian dan perspektif mereka bagi menyiapkan dan melengkapkan diri menjadi seorang pegawai perkhidmatan luar negara yang berkesan dan sedia mewakili Singapura di pentas dunia.



"Menyertai MFA ialah peluang yang baik untuk menjadi sebahagian daripada sesuatu yang lebih besar daripada diri anda bagi mencapai tujuan yang lebih besar dalam perjalanan yang mencabar dan bermakna ini," kata beliau untuk memberikan semangat kepada enam penerima Anugerah Biasiswa Perkhidmatan Luar itu semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >