Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai NEA dipecat kerana 'vape' lepas saman perokok haram

Nov 27, 2019 | 05:51 PM



SEORANG pegawai penguatkuasa Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) telah ditamatkan kontrak kerjanya setelah didapati menggunakan vape setelah memberi saman kepada seorang lelaki yang merokok secara haram.



Jurucakap NEA berkata Penguasa Sains Kesihatan (HSA) juga telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pegawai tersebut di bawah Akta Tembakau (Kawalan Iklan dan Jualan), lapor The New Paper.



"NEA sedar akan video dalam talian yang menunjukkan pegawai penguatkuasa NEA yang diambil dari luar (outsourced) menggunakan vape elektronik.



"Kami telah menyiasat kejadian itu serta-merta dan mengesahkan bahawa pegawai yang diambil dari luar itu benar-benar menggunakan vape elektronik.



"Atas arahan NEA, pembekal perkhidmatan telah mengeluarkan pegawai itu daripada kontrak kami," jelas jurucakap tersebut.



Pegawai itu telah menangkap seorang lelaki yang merokok di secara haram di Golden Mile Tower, Beach Road, pada sekitar 5 petang pada 16 November lalu.



Beliau cuba menyaman lelaki itu namun lelaki tersebut tidak mahu bekerjasama.



Pihak polis dipanggil untuk memberi bantuan.



Setelah saman tersebut diberi, pegawai itu pergi ke luar bangunan itu dan menggunakan vape elektronik sambil berbual dengan seorang lelaki lain yang dipercayai rakan setugasnya.



Seorang kontraktor, Encik Sam Leck, 46 tahun, terserempak beliau lalu merakam video dan memuatnaikkannya ke Facebook.



Dalam pos tersebut, Encik Leck bertanya mengapa pegawai penguatkuasa boleh menggunakan vape walhal ia diharamkan di Singapura.



"Dia beri saman kepada seorang lelaki tua dan saya ambil gambar kerana polis dipanggil. Tapi tak lama kemudian bila polis dah beredar, saya nampak pegawai itu gunakan vape dengan kawannya di luar," kata Encik Leck.



Pos tersebut menjadi tular dan telah dikongsi lebih 3,900 kali dan menerima lebih 150 komen.



Sejak Februari tahun lalu, memiliki, membeli atau menggunakan e-vape adalah haram dan pesalah boleh didenda sehingga $2,000.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >