Subuh
5:37
Syuruk
6:54
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:00
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pegawai polis trafik terlibat dalam nahas di Serangoon Road

Jun 01, 2017 | 01:38 PM

SEORANG pegawai polis trafik terlibat dalam satu nahas jalan raya di Serangoon Road berdekatan Kinta Road pagi tadi.

Gambar dan video pegawai tersebut, yang dipercayai berbangsa Melayu tersebar luas di media sosial termasuk di Whatsapp menunjukkan beliau terlantar di tanah lapang bersebelahan jalan raya dengan kepalanya berlumuran darah.

Orang ramai dilihat mengelilingi pegawai tersebut sambil memerhatikan dua pegawai polis cuba memeriksa mangsa.

Gambar-gambar serta video yang tersebar luas itu diiringi dengan mesej bahawa mangsa telah meninggal dunia.

Namun, semasa dihubungi polis belum dapat mengesahkan berita tersebut dan hanya berkata mangsa telah dibawa ke Hospital Tan Tock Seng.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3