Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai SCDF bantu selamatkan budak terperangkap

Feb 10, 2023 | 05:30 AM



SEPASUKAN pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) di Turkey kelmarin menyelamatkan seorang budak lelaki daripada satu runtuhan bangunan susulan gempa bumi besar pada Isnin lalu.



Gempa bumi berukuran 7.8 magnitud itu telah menyebabkan lebih 15,000 maut di Turkey dan di wilayah barat laut negara jirannya, Syria.



Banyak bangunan perumahan roboh, hospital pula musnah dan ribuan orang telah cedera atau kehilangan tempat tinggal.



Kanak-kanak lelaki itu ditemui dalam bangunan runtuh berhampiran pusat gempa di bandar tenggara wilayah Kahramanmaras.



Dalam keadaan musim sejuk dengan suhu menjunam ke paras 2 darjah Celsius, pasukan Singapura bekerjasama dengan pasukan penyelamat Turkey dan Sepanyol untuk menyelamatkan budak lelaki itu dalam operasi selama tiga jam, kata SCDF dalam satu catatan Facebook.



Pasukan Sepanyol mengerahkan anjing pencari untuk menentukan lokasi budak itu, dibantu penggunaan skop gentian optik oleh pegawai SCDF untuk memastikan visual mangsa.



Tiga pasukan itu menggunakan peralatan pemotong dan pemecah untuk mencapai budak lelaki itu di bawah runtuhan dan berjaya menyelamatkannya pada 11.45 Rabu malam (Khamis, 4.45 pagi waktu Singapura) dari sebuah bilik tidur di bangunan tiga tingkat itu.



Pasukan awal 20 pegawai SCDF, sebahagian kontinjen Operation Lionheart (OLH), telah mendarat di bandar Adana di selatan Turkey pada awal Rabu dan menuju ke timur ke arah Dulkadiroglu, Kahramanmaras, untuk memulakan operasi mencari dan menyelamat.



Satu lagi pasukan 48 pegawai SCDF juga dikerahkan ke Turkey untuk menyertai pasukan awal tersebut, kata SCDF.



Usaha menyelamat dan mencari mangsa yang terselamat telah dihambat oleh cuaca amat sejuk sedang ramai orang dilaporkan masih terperangkap di bawah runtuhan.



Angka kematian dijangka meningkat.



Beberapa badan amal Singapura juga telah memulakan usaha mengumpul dana untuk mangsa seperti Rahmatan Lil Alamin, Mercy Relief dan Humanity Matters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >