SEORANG anggota bomba Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), yang sedang menjalani Perkhidmatan Negara sepenuh masa, meninggal dunia selepas pengsan awal pagi semalam ketika cuba memadamkan api dalam satu kebakaran di sebuah unit di Henderson Road.
Dalam satu kenyataan petang semalam, SCDF berkata anggota NSF itu jatuh pengsan di kawasan dapur flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang terbakar di tingkat empat itu.
"Krewnya segera membawanya keluar dari unit dan memberikan resusitasi kardiopulmonari (CPR) kepadanya. Krew ambulans SCDF di tempat kejadian turut menggunakan defibrilator luaran automatik ke atasnya dan menghantarnya ke Hospital Besar Singapura. Beliau disahkan meninggal dunia di hospital," SCDF.