Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegerai beri bekalan makanan laut berlebihan kepada orang ramai

Terpaksa tutup gerai 14 hari ekoran penularan Covid-19
Jul 20, 2021 | 05:30 AM



DARIPADA melihat makanan laut berharga ratusan dolar disesiakan, pemilik gerai Mankelo Fishery di pasar basah Bukit Gombak, Encik Muhd Tamam Shafiq Razman, mengatakan bahawa perkara rasional adalah mengagihkan bekalan berlebihan itu.



Pemilik gerai itu berkata dalam satu catatan Facebook bahawa gerainya akan menawarkan bekalan makanan laut yang berlebihan itu secara percuma kepada orang awam dengan meletakkan bekalan itu di tempat letak kereta utama pasar tersebut.



Terdapat pelbagai ikan, kerang dan bermacam-macam lagi yang tidak terjual hujung minggu lepas untuk diberikan kepada sesiapa yang memerlukannya.



Ketika dihubungi Berita Harian, Encik Muhd Tamam Shafiq berkata beliau telah menerima bekalan makanan laut segar dalam sekitar 500 kilogram pada Sabtu lalu.



Setelah menerima berita gerainya terpaksa ditutup tengah hari kelmarin selama 14 hari, Encik Muhd Tamam Shafiq tanpa berlengah bersama pekerjanya mula membungkus pesanan-pesanan yang diterima melalui dalam talian.



Mankelo Fishery juga beroperasi secara dalam talian di Facebook sejak 2015.



Gerai itu memuat naik gambar bekalan makanan laut yang ada di Facebooknya pada 1.45 tengah hari pada hari itu juga.



"Oleh sebab Hari Raya Haji akan datang, kami juga ada daging dan ayam. Secara keseluruhan, bersama bekalan makanan laut, kami bungkus sekitar lebih 1,000 kilogram daging ayam dan makanan laut," katanya.



Menurut Encik Muhd Tamam Shafiq, mereka telah bekerja dari 12 malam hingga subuh semalam bagi menyiapkan pesanan pelanggan untuk dihantar pagi semalam.



Mereka telah memenuhi lebih 100 pesanan Jumaat lalu dan hampir 100 pesanan makanan laut dan daging kepada pelanggan semalam pagi.



"Alhamdulillah kami sangat bersyukur kebanyakan bekalan kami dapat dijual.



"Bekalan makanan laut yang berlebihan itu, kami rasa lebih baik diberikan kepada orang lain sebab kalau tidak, membazir juga," katanya yang kemudian mengatakan bahawa jumlah makan laut yang ingin diberi sekitar 20 peratus daripada bekalan yang diterima pada Sabtu lalu.



"Kami mengumumkan pengambilan bekalan makanan laut itu sekitar 7 pagi di tempat letak kereta di luar pasar basah itu.



"Pada mulanya takut juga jika tiada sesiapa yang datang untuk dapatkan bekalan makanan laut itu.



"Selepas kami dapat lihat ada orang mula mengambil, barulah kami keluar dan mulakan penghantaran pesanan pelanggan," jelasnya yang juga menasihati agar orang awam mengambil apa yang perlu sahaja supaya ada lebih untuk orang lain.



Antara yang tiba untuk mendapatkan bekalan makanan laut itu ialah Encik Abdul Adil Tajudin Abdul Rahim.



"Saya tiba pada sekitar 8.30 pagi dan banyak sudah habis. Saya hanya dapat sekotak bekas styrofoam lala.



"Apabila saya tiba, sudah ada beberapa orang yang sedang mengambil makanan laut yang tersedia. Mungkin dalam 11 orang.



"Kebanyakannya juga pegerai di daerah itu juga," jelas pekerja khidmat penghantar berusia 35 tahun itu.



Menambah, Encik Muhd Tamam Shafiq mendapat berita bahawa mereka boleh meneruskan jualan di pasar basah jika hasil ujian praacara (PET) negatif.



"Saya rasa kami akan mengambil beberapa hari ini untuk rehat dan juga memastikan kesemua kakitangan kami selamat," ujarnya.




"Bekalan makanan laut yang berlebihan itu, kami rasa lebih baik diberikan kepada orang lain sebab kalau tidak, membazir juga.



Kami mengumumkan pengambilan bekalan makanan laut itu sekitar 7 pagi di tempat letak kereta di luar pasar basah itu.



Pada mulanya takut juga jika tiada sesiapa yang datang untuk dapatkan bekalan makanan laut itu.



Selepas kami dapat lihat ada orang mula mengambil, barulah kami keluar dan mulakan penghantaran pesanan pelanggan."
- Encik Muhd Tamam Shafiq Razman, pemilik gerai Mankelo Fishery di pasar basah Bukit Gombak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >