Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peguam antarabangasa terkemuka didenda, dilarang memandu kerana pandu ketika mabuk

Jan 10, 2017 | 03:22 PM



SEORANG peguam daripada sebuah firma guaman antarabangsa didenda $3,200 dan dilarang memandu selama 26 bulan pada Selasa (10 Jan) kerana memandu dalam keadaan mabuk.



Marcus Jerome Gordon, seorang warga Britain Penduduk Tetap Singapura berusia 45 tahun, mengaku memandu di Keppel Road semasa mempunyai sekurang-kurangnya 181mg arak bagi setiap 100ml darahnya pada 10 Sep tahun lalu.



Ini melebihi had undang-undang sebanyak 80mg bagi setiap 100ml darah.



Gordon, ketua kumpulan litigasi dan penyelesaian pertikaian firma Watson Farley & Williams, pakar dalam resolusi timbang tara dan pertikaian antarabangsa dalam bidang minyak dan gas, penyewaan perkapalan, operasi pelantar minyak dan pembangunan medan minyak.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Azri Imran Tan berkata Gordon minum arak di sebuah restoran di Boat Quay bersama temanitanya pada malam sebelumnya. Mereka meninggalkan tempat itu dengan menaiki keretanya pada kira-kira 2 pagi untuk pulang.



Pada 2.12 pagi, semasa memandu di Keppel Road menuju Telok Blangah Road, sebuah kereta tidak diketahui memasuki lorongnya dari kiri.



Gordon membelok ke kanan untuk mengelakkan perlanggaran, lalu melanggar bebendul jalan. Sebahagian daripada semak di pembahagi tengah jalan rosak akibatnya.



Seorang sarjan Polis Trafik yang tiba di tempat kejadian mendapati Gordon berbau arak dan mata serta mukanya kemerahan.



Gordon, yang mengaku minum arak, gagal ujian nafas. Dia ditangkap dan dihantar ke Ibu Pejabat Polis Trafik. Sampel darahnya diambil kerana dia tidak dapat mengadakan spesimen nafas sah kerana sakit di bahagian perut dan belakangnya.



DPP Azri memberitahu Hakim Daerah Carol Ling kadar arak dalam darah Gordon melebihi dua kali ganda - 2.26 kali - had yang ditetapkan undang-undang .



"Dia tahu sepenuhnya memandu di bawah pengaruh arak adalah satu kesalahan tetapi dia memilih memandu pulang selepas minum," kata beliau.



Peguam Gordon, Encik Suresh Damodara, berkata anak guamnya, yang telah bekerja bagi firma itu selama 17 tahun, secara konsisten diiktiraf sebagai salah seorang tokoh guaman terkemuka di Asia.



Gordon juga antara lain memberi bantuan kewangan bulanan kepada pertubuhan amal Rainbow Trust Children's Charity dan nasihat kerjaya kepada golongan muda daripada latar belakang kurang bernasib baik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >