Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peguam didakwa salah guna $11,000

Oct 22, 2019 | 02:05 PM



SEORANG peguam didakwa menyalahgunakan $11,000 yang diamanahkan kepadanya, muncul di mahkamah melalui pautan video semalam (21 Oktober).



Minggu lepas, Zaminder Singh Gill, 56 tahun, yang dikatakan melakukan kesalahan tersebut semasa bekerja untuk Hilborne Law, didakwa dengan tiga tuduhan pecah amanah sebagai peguam.



Dia kemudian diberi ikat jamin sebanyak $60,000.



Gill masih dalam tahanan semalam sebelum Hakim Terence Tay mengurangkan ikat jaminnya kepada $30,000, dan berkata bahawa walaupun jumlah wang yang dipercayai disalahgunakan amatlah besar, ia “tidaklah begitu besar”.



Sebahagian daripada syarat ikat jaminnya, Gill tidak dibenarkan berhubung dengan sesiapa, sebagai contoh, mangsanya.



Dia juga harus menyerahkan kesemua dokumen perjalanannya kepada pihak berkuasa.



Gill, yang tidak lagi bekerja bersama Hilborne Law, dituduh menyalahgunakan $6,500 oleh seseorang bernama Cik Wang Yanyan pada Ogos tahun lalu.



Awal tahun ini, dia didakwa menyalahgunakan sejumlah $4,500 dari dua lagi orang, Encil Del Rasulee Mazlan dan Encik Zhou Fengxing.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >