Pejabat bersama M³ dibuka, beri khidmat kepada masyarakat
Jan 26, 2019 | 05:30 AM
PEJABAT bersama M Kuasa Tiga (M³) - Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Mendaki dan Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) - dilancarkan semalam oleh Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
Terletak di tingkat tiga Wisma Geylang Serai (WGS), pejabat yang dikenali sebagai M³@WGS kendalian Muis dan Mendaki itu akan berfungsi sebagai pusat maklumat dan rujukan bagi masyarakat Melayu/ Islam.