Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pejabat Mufti: Nikah dalam talian boleh jika syarat sah pernikahan dapat dipastikan

Apr 27, 2020 | 05:30 AM



HUKUM Islam membenarkan akad nikah secara dalam talian selagi segala syarat sah pernikahan dapat dipastikan.



Ini dinyatakan Pejabat Mufti dalam satu Irsyad bagi menjawab pertanyaan daripada Pejabat Pernikahan Orang Islam (ROMM) berkaitan apakah akad nikah boleh dijalankan secara maya, melalui persidangan video, ketika keadaan tidak mengizinkan pelaksanaan majlis akad pernikahan secara fizikal, seperti pada waktu penularan wabak.



Menurut Irsyad itu, secara dasar, penggunaan persidangan video bagi upacara pernikahan atau proseding penceraian merupakan suatu urusan pantadbiran yang tidak meningalkan kesan kepada kesahihan upacara itu.



Jawatankuasa Fatwa pada keputusan fatwa 1999 membenarkan penggunaan kaedah persidangan video bagi membicarakan permohonan cerai isteri dan mensabitkan lafaz talak suami yang berada di penjara, tanpa perlu suami hadir di mahkamah.



"Mengambil kira situasi sekarang ini, dengan langkah-langkah jarak selamat yang perlu diperhatikan bagi mengawal penularan COVID-19, Pejabat Mufti berpandangan bahawa Pejabat Pendaftar Pernikahan orang Islam (ROMM) boleh mengendalikan upacara pernikahan melalui persidangan video, apabila ada keperluan kepadanya, selagi mana dapat dipastikan bahawa segala pensyaratan yang ditetapkan dalam hukum Islam berkaitan kesahihan akad pernikahan itu dipenuhi," menurut irsyad di laman Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) yang bertarikh 24 April.



Penjelasan lengkap mengenai fatwa tersebut boleh diikuti di laman Pejabat Mufti di bawah tajuk Akad Nikah Secara Dalam Talian (Online).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >