Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan: KEMENTERIAN EHWAL DALAM NEGERI (MHA)

Pejabat Pendidikan Awam Penipuan akan dilancar 2023

Feb 28, 2023 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan melancarkan Pejabat Pendidikan Awam Penipuan (SPEO) tahun ini, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling.



Menyatakan demikian di Parlimen pada Isnin, Cik Sun berkata SPEO akan dorong usaha kolektif pemerintah dengan rakan-rakan masyarakat dalam "perang menentang penipuan", dan meluaskan proses pendekatan tentang penipuan.



Ini meliputi kerjasama dengan Pencegahan Jenayah Kebangsaan (NCPC) bagi menghasilkan dan melakar kandungan pendidikan awam bagi mesej penipuan di peringkat nasional.



"(Kami juga) bekerjasama dengan sektor privet serta agensi perkhidmatan sosial bagi menyesuaikan usaha pendidikan awam bagi segmen penduduk yang berbeza," tambahnya lagi.



Pada 2022, terdapat sebanyak 31,728 kes penipuan, kenaikan 32.6 peratus berbanding 2021.



Lebih daripada $660 juga lesap, atau 4.5 peratus lebih tinggi berbanding 2021.



Perangkaan Pasukan Polis Singapura (SPF) menunjukkan sekitar 21.8 peratus mangsa penipuan adalah warga asing dan sekitar 78.1 peratus mangsa penipuan adalah warga setempat - satu kenaikan daripada 76.9 peratus berbanding 2021.



Bagi memastikan masyarakat terlindung daripada penipuan, "kita perlu bergerak menjangkaui kesedaran, dengan menggerak setiap rakyat untuk mengambil tindakan terhadap penipuan", kata Cik Sun.



"Januari lalu, kami lancarkan satu kempen penipuan dengan cogan kata 'Saya boleh menentang (ACT) terhadap penipuan".



"A menandakan tambahan ciri-ciri keselamatan seperti (aplikasi) ScamShield pada alat bergerak dan mengurangkan had urus niaga perbankan bagi mengurangkan potensi kerugian;



"C menandakan memeriksa dengan mereka dan pertubuhan yang boleh dipercayai bagi mengesan tanda penipuan;



"dan T dengan memberitahu pihak berkuasa, rakan serta keluarga tentang penipuan," katanya.



Meskipun begitu Cik Sun akur bahawa "tiada pertahanan yang tidak boleh ditembusi".



Beliau akur bahawa beberapa penipuan berhasil dilakukan.



Lantas pemerintah telah memperkukuh keupayaan penguatkuasaannya bagi mengurangkan bilangan mangsa dan jumlah wang yang hilang kepada penipu.



"Komand Anti-Penipuan telah ditubuhkan tahun lalu bagi menggabungkan kepakaran dalam membasmi penipuan meliputi seluruh Pasukan Polis Singapura (SPF).



"Pada 2022, sebanyak 25 operasi penguatkuasaan anti-penipuan menyaksikan sekitar 8,000 "keldai wang" dan penipu yang disiasat," katanya.



Dalam usaha mengukuh undang-undang terhadap mereka yang menyelaras pengaliran wang penipuan, pemerintah akan meminda Akta Rasuah Pengedaran Dadah dan Jenayah Serius Lain (Rampasan Hasil) bagi mempertanggungjawabkan keldai wang di atas jenayah mereka.



"Pada masa ini, kebanyakan siasatan ke atas keldai wang tidak berakhir dalam pendakwaan.



"Berdasar undang-undang masa kini, kami perlu membuktikan bahawa keldai wang itu tahu bahawa wang yang mereka uruskan dikaitkan dengan kegiatan jenayah.



"Lantas kami akan meminda Akta Rasuah Pengedaran Dadah dan Jenayah Serius Lain (Rampasan Hasil) agar keldai wang dapat dipertanggungjawabkan,"ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >