Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pejabat Perwakilan S'pura dibuka selaras usaha bina keupayaan Palestin

Langkah diharap pertingkat hubungan dengan Penguasa Palestin: Maliki
Oct 20, 2022 | 06:24 AM



SEBUAH Pejabat Perwakilan Singapura baru telah dibuka kelmarin di Ramallah yang bermatlamat menyelaras usaha pembinaan keupayaan seperti bantuan teknikal dan juga memperkukuhkan hubungan negara ini dengan Penguasa Palestin.



Menteri Kedua Ehwal Luar merangkap Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman, merasmikan pejabat perwakilan baru itu dalam satu majlis petang kelmarin semasa lawatannya ke wilayah Palestin.



Dr Maliki berkata pembukaan pejabat itu adalah satu pencapaian ketara dalam hubungan Singapura bersama Penguasa Palestin dan juga berharap ia dapat memberi manfaat kepada penduduk wilayah timur tengah itu untuk mencapai kemerdekaan dengan wujud secara aman dan selamat bersama Israel.



"Ia satu bukti komitmen kami untuk melakukan lebih bagi Penguasa Palestin," kata Dr Maliki.



"Saya berharap pembukaan pejabat ini akan membina hubungan lebih erat antara Singapura dengan rakyat Palestin," tambahnya.



Majlis pembukaan itu dihadiri Menteri Ehwal Luar dan Ekspatriat, Dr Riyad Al-Malki, dan pengerusi Majlis Perwakilan Orang Awam Kebangsaan Palestin (GPC), Encik Musa Abu Zaid.



Turut hadir ialah wakil bukan pemastautin Singapura ke Palestin, Encik Hawazi Daipi, dan pengarah kehormat pejabat itu, Cik Shireen Shelleh, yang juga menguruskan syarikat konsultan Pusat bagi Kejuruteraan dan Perancangan (CEP) yang berpangkalan di Ramallah.



Mac lalu, Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, telah meluahkan harapan untuk menyediakan pejabat perwakilan Singapura di wilayah Palestin di Ramallah semasa lawatannya pada ketika itu.



Tujuannya adalah memudahkan kerja penyelarasan menerapkan Pakej Bantuan Teknikal Dipertingkat (ETAP) berjumlah $10 juta bagi rakyat Palestin.



Ditubuhkan pada 2013, ETAP memberi tempat khusus bagi pegawai Palestin menjalani program bina keupayaan yang ditawar di bawah Program Kerjasama Singapura (SCP) dan juga lawatan pembelajaran khusus, antara lain.



Dr Maliki menegaskan Singapura komited membantu usaha membangunkan bakat rakyat Palestin.



ETAP, sejak ditubuhkan misalnya, telah memberi manfaat kepada lebih 600 pegawai Palestin menerusi kursus seperti pentadbiran awam, pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional serta pembangunan ekonomi.



Dr Maliki berkata pejabat itu akan membantu Singapura menawarkan bantuan teknikal itu kepada Penguasa Palestin dengan penyelarasan lebih baik bersama agensi tempatan, National Focal Point dan Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura.



"Pejabat perwakilan ini akan membolehkan kami menyediakan program dua hala lebih khusus demi memenuhi keperluan Penguasa Palestin dan meningkatkan kesedaran terhadap program-program kami.



"Ia juga akan membolehkan kami mengenal pasti lebih ramai pegawai Palestin untuk meneruskan pembangunan profesional mereka di Singapura dan memanfaatkan waktu ketika berada di Singapura untuk meraih kefahaman lebih baik terhadap Asia."



MFA, dalam kenyataannya kelmarin, berkata Dr Maliki juga telah menemui Perdana Menteri Penguasa Palestin, Dr Mohammad Shtayyeh, dan juga dengan Dr Al-Malki.



Dr Al-Malki, dalam ucapannya, berkata pihaknya berjanji akan menawarkan sokongan sepenuhnya kepada pejabat itu agar ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya.



"Ia juga adalah untuk menunjukkan hubungan yang baik yang ingin dicapai antara Singapura dengan Palestin," katanya.



Dr Al-Malki berkata sokongan Singapura terhadap Penguasa Palestin turut membolehkannya meneruskan sokongan kepada pelarian Palestin di Tebing Barat, Gaza, timur Baitulmakdis, dan juga di Jordan, Syria dan Lebanon.



Dr Maliki menegaskan semula sokongan mendalam dan berprinsip terhadap huraian dua negara dengan Israel dan Palestin hidup bersama-sama dalam aman dan selamat, kata MFA.



Selain pembukaan pejabat tersebut, Dr Maliki turut membuat kunjungan ke Sekolah Rakan Ramallah dan mengadakan sesi makan malam bersama alumni SCP, termasuk pegawai Penguasa Palestin yang telah meraih lulusan pasca sarjana di Singapura dengan biasiswa ETAP.



Dr Maliki dijadual berangkat dari Israel ke Amman, Jordan, semalam.



Laporan lanjut :  Maliki kongsi kepelbagaian S'pura




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >