Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pejalan kaki warga emas terlibat dalam majoriti nahas jalan raya 2022

Feb 14, 2023 | 09:27 PM



PEJALAN kaki warga emas yang terlibat dalam kemalangan dan kecederaan membentuk sebahagian besar kemalangan jalan raya pada 2022. 


Pada 2022 itu, jumlah kemalangan jalan raya yang melibatkan pejalan kaki warga emas meningkat sebanyak 14.6 peratus daripada 205 pada 2021 kepada 235 pada 2022. 

Daripada kemalangan yang terjadi, terdapat 23 kematian pejalan kaki warga emas yang dilaporkan.


Ini merupakan peningkatan sebanyak 53.5 peratus daripada 15 kematian pada 2021.

Maklumat tersebut merupakan perkembangan terkini yang diumumkan oleh Polis Trafik (TP) pada Selasa dalam laporan statistik tahunan mereka.


Menurut TP, sebanyak 73.9 peratus kematian pejalan kaki warga emas terjadi akibat melintas jalan secara sembarangan.

Jumlah ini melonjak daripada 50 peratus pada 2021.


Penolong Superintenden (ASP) Siti Haira Batra, yang merupakan pegawai bertanggungjawab bagi pasukan penyiasat kemalangan maut TP berkata pejalan kaki warga emas dan pemandu kenderaan merupakan sebahagian besar golongan yang terlibat dalam kemalangan trafik.


“Jangan melintas jalan secara sembarangan dan jangan mengambil jalan yang lebih pendek. Saya berharap orang ramai dapat terus mempraktikkan tabiat jalan raya yang selamat, tidak kira pejalan kaki atau pemandu kenderaan ketika mereka di jalan raya,” tekannya.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >