Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pek penjagaan diabetes diderma sempena Hari Kesihatan Sedunia

Apr 08, 2021 | 05:30 AM



SEMPENA Hari Kesihatan Sedunia, syarikat teknologi perubatan global Becton, Dickinson and Company (BD) serta pertubuhan amal Diabetes Singapore (DS) melancarkan Program Pendekatan Masyarakat mereka semalam.



Menteri Negara Perdagangan dan Perusahaan yang juga Mayor South West, Cik Low Yen Ling (dua dari kiri), Presiden DS, Dr Kalpana Bhaskaran ( kiri), Naib Presiden Eksekutif dan Presiden, Greater Asia, BD, Encik James Lim (tiga dari kiri) serta Pengarah Eksekutif DS, Encik Satyaprakash Tiwari hadir bagi acara pelancaran tersebut.



Menerusi program itu, BD akan menderma Pek Penjagaan Kencing Manis BD kepada sehingga 600 penerima bantuan bagi Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South West, dikendalikan DS dan pekerja sosial serta rangkaian sokongan penjagaan kesihatan lain dalam masyarakat untuk mendekati mereka yang akan meraih paling banyak manfaat daripada produknya.



Ini termasuk warga emas, kanak-kanak dan mereka yang memerlukan penjaga untuk memberikan mereka insulin.



Setiap pek penjagaan itu terdiri daripada jarum pena 4mm BD Ultra-Fine™ PRO, swab alkohol dan bekas untuk objek tajam supaya jarum dapat dibuang dengan selamat setelah dipakai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >