Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja asing berpeluang nikmati SG Flyer

Lawatan pertama mereka hasil sumbangan rakyat Singapura yang 'derma' baucar SingapoRediscovers
Feb 01, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR 620 pekerja asing buat pertama kalinya dapat menikmati Singapore Flyer, salah satu mercu tanda Singapura, semalam.



Peluang mereka menaiki tarikan itu adalah hasil sumbangan rakyat Singapura yang "menderma" baucar SingapoRediscovers kepada para pekerja asing itu.



Dianjurkan kumpulan tidak mencari untung ItsRainingRaincoats (IRR), laman tempahan tarikan Klook dan Singapore Flyer, inisiatif itu satu daripada beberapa lawatan ke tempat-tempat menarik bagi para pekerja asing.



Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan), Cik Sim Ann, hadir semasa acara tersebut.



Dalam satu tinjauan tidak rasmi, Singapore Flyer didapati merupakan antara tarikan yang belum pernah dikunjungi pekerja asing.



Seorang pekerja asing, Encik Manaveli Venkadedan Maran, yang telah bekerja di Singapura sejak sembilan tahun lalu, berkata:



"Kami sering melihat Singapore Flyer dari flat Lembaga Pembangunan dan Perumahan (HDB) tempat kami bekerja. Tetapi sekarang kami dapat melihat flat tersebut dari kapsul Singapre Flyer ini."



Hingga semalam, 4,307 tiket telah ditebus dengan menggunakan baucar SingapoRediscover sumbangan rakyat Singapura bagi pekerja asing.



Selain itu, sebuah penderma institusi telah menyatakan ia akan menyumbang tambahan 2,871 tiket.



Pengasas IRR, Cik Dipa Swaminathan, menggalak lebih ramai majikan membenarkan pekerja asing menyertai lawatan sedemikian.



Kempen SingapoRediscover dilancarkan Julai tahun lalu untuk menyokong perniagaan tempatan.



Semua warga Singapura berusia 18 tahun ke atas telah menerima baucar SingapoRediscovers bernilai $100 setiap satu.



Baucar tersebut boleh digunakan di sebarang laman rakan kongsi tempahan bertauliah bagi pelbagai jenis pengalaman tempatan, termasuk lawatan, kunjungan ke tempat tarikan dan penginapan hotel.



Baucar itu sah digunakan hingga 30 Jun dan boleh ditebus melalui SingPass.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >