Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja Bangladesh jatuh di tempat kerja, dapat pampasan $971,000

Mar 11, 2023 | 05:30 AM



SELEPAS lebih empat tahun, seorang pekerja Bangladesh yang lumpuh dari bahagian leher ke bawah, ekoran terjatuh dari ketinggian 3.7 meter di tempat kerjanya, diberi ganti rugi $971,000 daripada perbadanan pengurusan subsidiari (MCST) Westgate Tower.



Pekerja itu, Encik Janaed, 47 tahun, mengalami kecederaan tulang belakang selepas terjatuh semasa memeriksa penyejuk di dalam bilik mekanikal dan elektrik di menara pejabat itu di Jurong East pada 8 November 2018.



Majikan rasminya, Newtec Engineering, juga menghadapi tuduhan di mahkamah kerana tidak mempunyai insurans yang diperlukan untuk pekerjanya itu dan gagal membayar bil perubatannya.



Sebahagian pampasan yang dipersetujui itu akan digunakan untuk membayar $149,281.20 kepada Hospital Universiti Nasional (NUH), dan $58,081.09 kepada Hospital Alexandra, seperti yang dinyatakan dalam penghakiman mahkamah bertarikh 10 Februari.



Encik Janaed, kini berada di Bangladesh, menghabiskan selama 91 hari di NUH dan 152 hari di Hospital Alexandra selepas kemalangan itu.



Beliau telah diambil bekerja oleh STA Rita Engineering Services, untuk memeriksa penyejuk di Westgate Tower.



Beliau menggunakan tangga untuk naik ke bahagian atas penyejuk itu dan sedang memegang telefonnya pada satu tangan dan menggunakan tangan lain untuk cuba mengambil gambar suis itu lalu jatuh.



Tiada rel pengawal di bahagian atas penyejuk, dan Encik Janaed tidak menggunakan sebarang tali pinggang keselamatan.



Sementara itu, satu saman berasingan telah difailkan oleh abangnya, Encik Jahid, 43 tahun, sedang berlangsung.



Encik Jahid, juga berada di Bangladesh, mengalami kecederaan kaki selepas terjatuh lebih 3 meter ketika melakukan kerja penyelenggaraan penyaman udara di kedai Starbucks di pusat beli-belah United Square pada 7 April 2018.



Mahkamah daerah pada Julai lalu mendapati defendan bertanggungjawab 70 peratus atas kecuaian dan Encik Jahid bertanggungjawab 30 peratus.



Jumlah ganti rugi akan diputuskan kemudian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >