Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja berpendidikan rendah berisiko ketinggalan dek perubahan kerja: Kajian IPS

Keupayaan mereka untuk maju dalam kehidupan pada masa akan datang mungkin terjejas
Jan 17, 2023 | 05:30 AM



MEREKA mempunyai kelayakan hingga sekolah menengah, kurang sedar akan gangguan teknologi, kurang terbuka kepada perubahan di tempat kerja dan kurang mahir mempertingkat diri menerusi latihan.



Berbanding dengan pemegang ijazah, mereka juga lebih bimbang hendak bertukar pekerjaan.



Pendek kata, mereka lebih berkemungkinan diganti dek automasi dan pendigitalan berbanding rakan sebaya mereka yang lebih berpendidikan, menurut kajian yang dikeluarkan Institut Pengajian Dasar (IPS) semalam.



Oleh itu, golongan pekerja ini, yang merangkumi 27 peratus daripada 2.3 juta tenaga kerja setempat, perlu dibantu, menurut penyelidik kajian tersebut.



Sementara lapan daripada 10 pekerja setempat daripada golongan sosial pendapatan rendah berkata mereka telah maju dalam kehidupan mereka kini sejak zaman kanak-kanak, keupayaan mereka untuk melakukan demikian pada masa akan datang mungkin terjejas.



Dr Laurel Teo, yang memimpin penyelidikan itu bersama Dr Chew Han Ei, berkata:



"Jika kami tidak melakukan apa-apa tentang jurang dan kelemahan ini, saya tidak pasti berapa lama lagi kita dapat terus menikmati mobiliti sosial ini."



Tinjauan yang melibatkan 1,010 pekerja setempat Oktober lalu itu mendedahkan tentang kesediaan tenaga kerja Singapura bagi masa depan pekerjaan, aspirasi kerja mereka dan tanggapan tentang mobiliti sosial.



Laporan itu menarik perhatian bahawa selama berdekad-dekad, Singapura memberi penekanan pada pekerjaan yang berasaskan pengetahuan berbanding pekerjaan teknikal dan perkhidmatan - yang juga dikenali sebagai pekerjaan berkolar biru - yang juga disertai 20 peratus daripada tenaga kerja Singapura yang mempunyai 3.5 juta pekerja.



Oleh itu, meskipun mereka juga dikenali sebagai pekerja perkhidmatan penting semasa pandemik Covid-19, hanya sekitar separuh pekerja kerani, penjualan dan perkhidmatan serta pengendali pengangkutan dan pengeluaran, pekerja pembersihan dan pekerja buruh berkata mereka mempunyai kerjaya yang bermakna, dengan kerja mereka meninggalkan kesan yang positif.



Sementara itu, lebih enam daripada 10 karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) berkata mereka mempunyai kerjaya yang bermakna dan berpendapat bahawa kerja mereka meninggalkan kesan yang positif.



Tidak termasuk pekerja asing, pemegang ijazah membentuk 41 peratus - atau kumpulan terbesar - daripada tenaga kerja setempat.



Pengasas wadah perekrutan OppTy, Encik Jansen Gwee, berkata sikap berat sebelah berhubung kelayakan pendidikan masih wujud.



"Dengan pengalaman saya menjadi seorang perekrut selama lebih sedekad, saya dapat lihat cabaran yang dihadapi pekerja yang berpendidikan lebih rendah.



"Ini sebahagian besarnya disebabkan tiga elemen - ancaman mereka digantikan pekerja asing yang berpendapatan lebih rendah, siling kaca bagi mereka yang tidak memiliki kelayakan diploma atau ijazah, serta ketiadaan perlindungan sosial dan jaring keselamatan bagi golongan ini."



Dengan kebanyakan pekerja bukan PMET tidak mendapati pekerjaan mereka bermakna juga membimbangkan, menurut kajian tersebut.



Ini kerana ia mempunyai kesan besar pada motivasi, prestasi serta rasa kepuasan yang mereka raih daripada kerja mereka.



"Untuk terus memastikan mobiliti sosial memandang ke hadapan, kelemahan ini perlu diatasi," menurut laporan itu.




PERLU DIBANTU



"Jika kami tidak melakukan apa-apa tentang jurang dan kelemahan ini, saya tidak pasti berapa lama lagi kita dapat terus menikmati mobiliti sosial ini."
- Dr Laurel Teo, pemimpin bersama penyelidikan tersebut.



CABARAN DIHADAPI PEKERJA BERPENDIDIKAN RENDAH



"Dengan pengalaman saya menjadi seorang perekrut selama lebih sedekad, saya dapat lihat cabaran yang dihadapi pekerja yang berpendidikan lebih rendah.
Ini sebahagian besarnya disebabkan tiga elemen - ancaman mereka digantikan pekerja asing yang berpendapatan lebih rendah, siling kaca bagi mereka yang tidak memiliki kelayakan diploma atau ijazah, serta ketiadaan perlindungan sosial dan jaring keselamatan bagi golongan ini."
- Pengasas wadah perekrutan OppTy, Encik Jansen Gwee.




DAPATAN KAJIAN IPS MENGENAI PEKERJA BERPENDIDIKAN RENDAH



Pekerja berpendidikan lebih rendah kurang sedar tentang gangguan mendatang dan lebih bimbang bertukar kerja



■ 20% pekerja berpendidikan menengah dan ke bawah berkata cara kerja dikendali dalam peranan pekerjaan mereka sekarang tidak akan banyak bertukar dalam lima hingga 10 tahun akan datang.



■ 48% pekerja berpendidikan menengah dan ke bawah berkata mereka bimbang untuk bertukar pekerjaan.



Golongan PMET lebih berkemungkinan berkata mereka miliki kerjaya yang bermakna dan meninggalkan kesan positif



■ 64% PMET berkata mereka mempunyai kerjaya yang bermakna; berbanding 42 peratus pekerja kerani, penjualan dan perkhidmatan serta 43 peratus pekerja pengendali pengangkutan, pengeluaran, pembersihan dan pekerja buruh.



■ 61% pekerja PMET berkata mereka tahu kerja mereka meninggalkan positif pada dunia; berbanding 46 peratus pekerja kerani, penjualan dan perkhidmatan serta 55 peratus pekerja pengendali pengangkutan, pengeluaran, pembersihan dan pekerja buruh.



Sumber: IPS




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >