Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja digesa tingkat kemahiran, rebut peluang pekerjaan pasca Covid-19

May 20, 2023 | 02:22 PM



MESKIPUN pandemik Covid-19 telah berlalu, pekerja dan pemimpin kesatuan mesti terus meningkatkan ilmu dan kemahiran diri agar dapat menjadi aset kepada majikan.


Demikian gesaan  Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Encik Abdul Samad Abdul Wahab, dalam ucapan pembukaannya kepada 600 pemimpin kesatuan dan tetamu dalam satu majlis perjumpaan Hari Raya Aidilfitri anjuran Kelab Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) pada Jumaat di Orchid Country Club.


Beliau yang juga Naib Presiden NTUC, memberi penghargaan kepada pemimpin kesatuan yang telah menyingsing lengan dan tampil untuk membantu  pekerja dan anggota kesatuan yang terjejas semasa pandemik Covid-19.


“Tahun-tahun sebelum ini amat mencabar bagi pekerja kita, terutamanya bagi pekerja sektor aeroangkasa, penjagaan kesihatan dan hospitaliti. Ramai yang telah mengalami potongan gaji, dipindahkan ke pekerjaan  lain, dan ada juga yang kehilangan pekerjaan.


“Namun, anda (pemimpin kesatuan) tetap bersama mereka. Mari kita kekalkan perpaduan ini…dan bekerjasama untuk memperoleh gaji, kebajikan dan prospek pekerjaan yang lebih baik bagi anggota kesatuan dan  pekerja,” kata Encik Abdul Samad.


Majlis tersebut turut diseri dengan kehadiran istimewa tetamu kehormat Presiden Halimah Yacob yang beramah mesra dengan pemimpin kesatuan dan tetamu.

Beliau diiringi Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng, dan Ketua Pegawai Eksekutif Kelab NTUC, Encik Lim Eng Lee.


Lebih 40 kesatuan termasuk wakil daripada Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) dan Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF) turut hadir.


Turut hadir juga adalah Mayor CDC South East, Encik Mohd Fahmi Aliman;  Anggota Parlimen (AP) GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah;  AP GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim; AP GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Sharael Taha; dan AP GRC Ang Mo Kio, Cik Nadia Ahmad Samdin.


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >