Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja jatuh 10m di tapak binaan kondo di Orchard Rd

Dec 22, 2022 | 05:30 AM



SEORANG pekerja Bangladesh dimasukkan ke hospital selepas terjatuh 10 meter ke aras bawah ketika menjalankan kerja perancah di tapak pembinaan sebuah kondominium berhampiran Orchard Road.



Pekerja berusia 31 tahun itu ditemui terperangkap di antara timbunan keluli selepas terjatuh.



Anggota bomba dari Balai Bomba Central dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) terpaksa membebaskannya dengan memotong timbunan keluli menggunakan peralatan penyelamat hidraulik.



Imej yang tersebar di platform mesej WhatsApp menunjukkan pekerja yang cedera itu terbaring dengan kepalanya di atas tanah selepas terjatuh.



Sebuah ambulans, tiga kenderaan SCDF dan sebuah kereta polis turut kelihatan dalam gambar di lokasi kemalangan.



Kementerian Tenaga Manusia (MOM) berkata kemalangan di tempat kerja itu berlaku pada Isnin lalu, sekitar 3 petang, di 18 Tomlinson Road, alamat kondominium Park Nova yang akan dibina kelak.



MOM berkata pekerja itu terjatuh 10 meter, menyebabkan kecederaan pada lengan kanan dan kedua-dua pahanya.



Pekerja syarikat Seng Yew Scaffolding and Engineering itu juga mengalami luka di kulit kepala.



Beliau dalam keadaan sedar ketika dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH) dan berada dalam keadaan stabil, tambah MOM.



SCDF berkata ia telah dimaklumkan pada kira-kira 3.05 petang.



Anggota bomba menjalankan operasi menyelamat yang rumit, memotong keluli yang mengelilingi pekerja itu untuk mengeluarkannya.



Seorang jurucakap SCDF berkata kru perubatan kecemasan memberi oksigen kepada pekerja itu sepanjang operasi menyelamat dan menstabilkannya bagi mengurangkan pergerakan.



Pasukan perubatan kecemasan daripada SGH turut berada di lokasi untuk memberikan bantuan perubatan, tambah SCDF.



Kejadian itu berlaku sedang jumlah kematian di tempat kerja melonjak pada tahun ini.



Terdapat 44 kemalangan maut di tempat kerja setakat ini, jumlah tertinggi sejak 2016 - yang terdapat 66 kematian.



Menurut statistik keselamatan tempat kerja terkini, jatuh dari ketinggian menyumbang tujuh daripada 37 kematian di tempat kerja yang direkodkan dalam sembilan bulan pertama 2022.



Daripada 436 kemalangan di tempat kerja yang mengakibatkan kecederaan besar dalam tempoh ini, 62 adalah disebabkan pekerja jatuh dari ketinggian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >