PEKERJA yang mencuci kasut di singki dengan perbuatannya dirakam kamera seorang pelanggan di pusat makanan Kopitiam di Hospital Universiti Nasional (NUH) telah dipecat.
Dalam satu pos di Facebook hari ini, Kopitiam, yang terkenal dengan cawangan pusat makanannya di Singapura, meminta maaf bagi insiden itu.
Kopitiam berkata, semua alat mencuci telah diganti dan singki itu dibasuh menggunakan disinfektan.
"Kakitangan berkenaan telah dipecat dengan serta-merta dan kami akan menjalankan siasatan menyeluruh ke atas perkara ini," kata Kopitiam.
Seorang jurucakap itu juga berkata syarikat itu akan menjalankan taklimat mengenai kebersihan kepada semua kakitangannya di pusat makanan itu.