Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja landskap maut ketika mengangkat batang pokok dalam kematian ke-43 di tempat kerja tahun ini

Dec 08, 2022 | 08:19 PM



SEORANG pekerja warga Bangladesh meninggal dunia pada Rabu (7 Dis) selepas batang pokok yang sedang dinaikkan ke dalam trak terlepas, menghempapnya dan menyebabkannya jatuh dan kepalanya terhantuk di jalan.


Kematian lelaki berusia 28 tahun itu menjadikan jumlah 43 kematian di tempat kerja yang dicatatkan pada 2022 - jumlah tertinggi sejak 2017, apabila terdapat 42 kematian di tempat kerja.


Sebagai perbandingan, terdapat 37 kematian berkaitan kerja pada 2021, 30 pada 2020, dan 39 pada 2019.


Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Khamis berkata bahawa kemalangan maut terbaru itu berlaku di Toa Payoh East Road, berhampiran 1003 Toa Payoh Industrial Park, sekitar 3.30 petang pada Rabu.


Pekerja warga Bangladesh yang bekerja dengan Penta Landscape itu sedang mengangkat batang pokok ke dalam trak selepas kerja-kerja memangkas pokok dijalankan di situ.


Operasi mengangkat dilakukan menggunakan kren lori, dan sedang salah satu batang pokok dinaikkan, ia tergelincir dari anduh angkat (lifting sling) dan menghempap pekerja itu, kata MOM.


Lelaki itu dibawa ke Hospital Tan Tock Seng, di mana beliau meninggal dunia akibat kecederaannya.


MOM sedang menyiasat kemalangan itu dan telah mengarahkan Penta Landscape menghentikan semua aktiviti memangkas dan mengangkat pokok.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >