Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja migran Bangladesh maut ditimpa sebahagian mesin pengorek di tapak binaan Ubi

Apr 23, 2021 | 08:50 PM



SEORANG pekerja Bangladesh berusia 37 tahun terkorban pada Khamis (22 April) setelah sebahagian mesin pengorek menimpanya.



Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menjelaskan lelaki itu sedang membantu rakan sekerjanya mengangkat bingkai keluli dengan menggunakan mesin pengorek yang dipasang dengan lekapan jeriji pemecah konkrit.



Sebahagian mesin pengorek itu tertanggal dan menimpanya, kata MOM.



Kejadian ini berlaku di tapak binaan berhampiran Ubi Road 3 serta Ubi Avenue 1 dan 2.



Beliau digegaskan ke Hospital Besar Changi tetapi meninggal dunia kerana kecederaannya.



Pekerja ini bertugas di syarikat binaan Right Construction.



MOM sedang menyiasat kes ini dan telah mengarahkan Right Construction agar menghentikan penggunaan mesin pengorek di tapak binaan.



Kemalangan ini menyusuli kematian dua pekerja migran, Encik Toffazal Hossain, 33 tahun dari Bangladesh dan Encik Sugunan Sudheeshmon, 28 tahun, dari India, dalam nahas rempuhan lori pada trak di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) pada Selasa (20 April).



 



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >