Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja penghantar makanan boleh dapat $600-$1,000 untuk ganti e-skuter dengan peranti lain

Nov 08, 2019 | 06:06 PM



PEKERJA penghantaran makanan yang terjejas akibat larangan menggunakan e-skuter di laluan pejalan kaki kini boleh mendapatkan bantuan kewangan untuk menukar alat mobiliti peribadi (PMD) mereka kepada basikal, basikal yang menggunakan kuasa (PAB), atau alat bantuan mobiliti peribadi (PMA).


Pemerintah dan tiga syarikat penghantaran makanan utama di sini - Grab, Deliveroo dan Foodpanda - telah membentukkan skim Geran Tukar Beli (eTG) e-skuter bernilai $7 juta di bawah Pakej Bantuan Peralihan (Tap) untuk membantu pengguna e-skuter yang terjejas.


Di bawah skim baru itu, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) akan memadankan setiap dolar bagi sokongan pendanaan syarikat penghantaran makanan untuk pekerja mereka yang menukar e-skuter kepada alat pengangkutan lain yang diluluskan pihak berkuasa itu.


Mereka yang menukar e-skuter kepada PAB dan mereka yang mengalami cabaran pergerakan dan layak menggunakan PMA akan menerima eTG hingga $1,000.


Pengguna e-skuter yang menukar kepada basikal pula akan menerima hingga $600.


Skim eTG itu, yang akan beroperasi hingga 31 Disember nanti, akan ditadbirkan syarikat penghantaran makanan, yang juga bekerjasama dengan peruncit untuk membeli alat secara borong dan mengurangkan kos alat tersebut.


Untuk layak bagi skim itu, individu mesti merupakan pekerja penghantaran makanan yang menggunakan e-skuter sehingga 7 November.

 



Mereka perlu menyerahkan e-skuter di premis Grab, Deliveroo dan Foodpanda. Pekerja penghantaran makanan yang bekerja untuk lebih daripada satu syarikat hanya layak bagi satu pengagihan eTG.





Menyusuli pengumuman larangan menggunakan alat mobiliti peribadi (PMD) di laluan pejalan kaki yang dikuatkuasakan Selasa lalu (5 Nov), pengguna e-skuter, terutama mereka yang menggunakannya untuk pekerjaan penghantaran makanan, telah meluahkan kebimbangan bahawa larangan itu akan menjejas mata pencarian mereka.


Malah, ada juga beberapa kumpulan penghantar makanan yang telah bertemu dengan Anggota Parlimen (AP) di sesi bertemu penduduk untuk mengongsi keprihatinan mereka itu.


Selain skim geran itu, tiga syarikat penghantaran makanan itu juga bekerjasama dengan e2i dan agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) untuk menyediakan khidmat kerjaya dan sokongan pencarian pekerjaan bagi pekerja penghantaran makanan yang mahu menukar pekerjaan.


Bagi pekerja penghantaran makanan yang berdepan dengan cabaran kewangan pula, mereka boleh mendekati pejabat khidmat sosial atau kelab masyarakat untuk mendapatkan bantuan kewangan sementara di bawah skim Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan ComCare.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >