Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja penjagaan kesihatan boleh terima vaksin Covid-19 bivalen mulai 25 Okt

Oct 21, 2022 | 07:45 PM



SEMUA pekerja penjagaan kesihatan yang layak di sektor awam dan swasta akan dapat menerima vaksin Covid-19 Spikevax Moderna yang terbaru mulai 25 Oktober memandangkan mereka lebih terdedah kepada risiko Covid-19.


Kementerian Kesihatan (MOH) semalam (21 Okt) menyatakan pekerja penjagaan kesihatan berumur 18 tahun ke atas dan yang terakhir menerima suntikan vaksin Covid-19 sekurang-kurangnya lima bulan lalu, boleh pergi ke mana-mana sembilan pusat ujian dan vaksinasi bersama (JTVC) yang menawarkan vaksin baru itu.


Vaksin Spikevax Moderna, juga dikenali sebagai vaksin bivalen, menyasarkan kedua-dua varian asal Covid-19 dan varian Omicron.


Lebih 28,000 orang telah sama ada membuat temu janji atau telah mengambil vaksin bivalen tersebut setakat semalam, dedah MOH dalam satu kenyataan.


Vaksin bivalen itu telah dilancarkan di sini pada 14 Oktober lalu bagi mereka yang berumur 50 tahun ke atas sebagai suntikan penggalak kedua.


Suntikan terakhir mereka mestilah sekurang-kurangnya lima bulan lalu.


Ia juga ditawarkan kepada mereka yang masih belum mencapai perlindungan minimum terhadap Covid-19 – mereka yang telah menerima sekurang-kurangnya tiga dos vaksin mRNA atau Nuvaxovid atau empat dos Sinovac-CoronaVac.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >