Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar Al-Ma'arif pendam impian jadi asatizah, curah bakti kepada generasi masa depan

Jan 17, 2023 | 05:30 AM



SEJAK kecil, cita-citanya ialah menjadi seorang asatizah kerana kagum dengan dedikasi dan pengorbanan guru-guru madrasahnya.



Justeru, pelajar Madrasah Al-Ma'arif Al-Islamiah berusia 16 tahun, Humayraa Omar, ingin meneruskan pengajiannya ke peringkat prauniversiti di Madrasah Al-Ma'arif, dalam aliran Aaliyah yang berteraskan mata pelajaran pengajian agama.



Selepas menerima keputusan peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'O' baru-baru ini, Humayraa bertekad untuk terus melanjutkan pengajian dalam bidang ukhrawi.



Mengambil teladan daripada asatizahnya sepanjang pengalaman 10 tahun sebagai pelajar di sekolah madrasah sepenuh masa, Humayraa menjadikan asatizahnya sebagai teladan dan contoh bagi dirinya.



Anak keempat dalam keluarga sembilan adik-beradik itu juga lebih cenderung dan minat dalam mata pelajaran ukhrawi, lantas berharap dapat mengembangkan minatnya itu dan membimbing pelajar madrasah bagi generasi seterusnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >