Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

berita

Pelajar dalami selok-belok kewartawanan dalam kem BH

 Peserta berpeluang temu ramah ‘rapper’ ABANGSAPAU, lawat depoh tren di Mandai
Jun 19, 2023 | 07:06 PM



Berapa banyak sarung yang penyanyi ‘rap’ Singapura, ABANGSAPAU miliki?

Apakah yang memberi inspirasi kepada muziknya?

Adakah industri muzik di Singapura mampan?

Itulah soalan-soalan yang diajukan wartawan belia Berita Harian (BH) kepada ABANGSAPAU, atau nama sebenarnya, Muhammad Shazuan Shiraj Abdullah, dalam satu sidang media percubaan pada Isnin, yang diadakan sebagai sebahagian daripada kegiatan yang disajikan dalam Kem Wartawan Muda 2023 anjuran akhbar ini.


ABANGSAPAU, yang dikenali dengan imejnya yang memakai sarung, turut menghiburkan para peserta dengan lagu-lagunya.

Kem itu, yang berlangsung dalam Auditorium SPH Media di Toa Payoh, kembali diadakan secara fizikal buat pertama kali sejak pandemik Covid-19.

Edisi terakhirnya dikelolakan pada 2019.

Sepanjang dua hari sejak Isnin, lebih 50 pelajar mewakili 14 sekolah menengah berpeluang mempelajari dan mendalami selok-belok dunia kewartawanan.

Para peserta terdiri daripada pelajar Menengah 1 hingga 3.

Pada pagi Isnin, mereka diajar cara menulis laporan berita dalam satu bengkel yang dikendalikan koresponden BH, Encik Farid Hamzah.

Beliau memperkenalkan kepada pelajar tugas seorang wartawan dan apa itu kewartawanan.

Teknik asas menulis rencana dan artikel, serta temu ramah juga dipelajari oleh para peserta.

Encik Farid, yang sudah 23 tahun berkhidmat dalam bilik berita, turut berkongsi cabaran dan pengalamannya sebagai wartawan.

Wartawan BH, Encik Harith Mustaffa, pula mengadakan bengkel fotografi.

Pelajar dilengkapi dengan teknik bagaimana memetik gambar secara berkesan, mengambil gambar sesuai untuk laporan yang dihasilkan dan bagaimana menulis kapsyen gambar.

Mereka juga didedahkan kepada cara menggunakan video sebagai wadah untuk menyampaikan cerita atau ‘storytelling’.

Penerbit video BH, Cik Rubiah Mohd, berkongsi tip bersama pelajar cara menyunting video secara berkesan dan melakukan video ‘piece to camera’, di mana wartawan membuat liputan dengan bercakap langsung kepada penonton menerusi kamera.

Para peserta juga berpeluang membuat lawatan ke Depoh Mandai untuk melihat operasi di sebalik tabir bagi menyelenggarakan kereta api di Singapura.

Mereka meraih pengalaman melihat alat-alat yang digunakan untuk menyelenggara dan memperbaiki sistem kereta api.

Mereka kemudian ke Pusat Penemuan Kereta Api Singapura, yang terletak dalam depoh sama, untuk menemu bual kakitangan kereta api tentang peranan mereka yang berbeza dan cara mereka memastikan khidmat kereta api berjalan dengan lancar.

Daripada lawatan itu, wartawan belia itu akan ditugaskan menghasilkan rencana bergambar, artikel pendek dan video selama dua minit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >