LAPORAN KAJIAN ANTARABANGSA MATEMATIK DAN SAINS (TIMMS) 2015

Pelajar darjah empat dan menengah dua Singapura terbaik dalam matematik dan sains

Atasi pelajar dari Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Jerman dalam kajian yang melibatkan 64 sistem pendidikan dari serata dunia

PARA pelajar darjah empat dan menengah dua terus menunjukkan kecemerlangan dalam matematik dan sains mengikut piawaian antarabangsa.

Laporan terkini Kajian Antarabangsa Matematik dan Sains (TIMSS) 2015 yang didedahkan Kementerian Pendidikan (MOE) semalam menunjukkan bahawa Singapura menduduki tangga teratas bagi kededua subjek Matematik dan Sains bagi pelajar darjah empat dan menengah dua.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan