Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar disemai nilai kepedulian bantu penumpang kurang upaya, warga emas

Jun 15, 2023 | 11:18 AM



Mirza Amirulrahman Suhaimi, kini mula menyedari tentang kesukaran yang dihadapi oleh penumpang bas terutama mereka yang menggunakan kerusi roda menerusi penglibatannya dalam program sukarelawan yang dianjurkan oleh Tower Transit Singapore (TTS).

Program ‘Student Co-Host’ telah memperluas pengetahuan Mirza, 17 tahun, seperti katanya: “Melalui latihan yang dianjurkan melalui program ini, saya mengetahui bahawa roda kerusi roda sering tersangkut dalam tanjakan.”

Pada 25 Mei, TTS melancarkan program tersebut di Pusat Tukaran Bas Bukit Batok dengan tujuan memberikan bantuan kepada penumpang kurang upaya berkeperluan khas, termasuk warga emas dan ibu bapa dengan anak kecil. Program ini merupakan sebahagian daripada usaha TTS menanamkan budaya kepedulian dalam masyarakat.

Mirza adalah di antara 16 pelajar dari Kursus Higher Nitec dalam Kejuruteraan Transit Laju Transit di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Barat yang menjadi sukarelawan dengan menjalani latihan induksi dalam acara tersebut.

Para sukarelawan belajar enam senario yang bertujuan mempersiapkan mereka membantu penumpang kurang upaya atau warga emas yang memerlukan bantuan dan ibu bapa dengan anak kecil.

Salah satu senario melibatkan warga emas yang sedang naik atau turun tangga di pusat tukaran bas Bukit Batok. Para sukarelawan diminta membayangkan bahawa warga emas itu membawa troli yang sarat dengan barangan pasar.

Selain itu, latihan induksi ini mencakupi lima senario lain termasuk membantu penumpang dengan kerusi roda mencari tempat naik bas; membantu penumpang yang cemas mencari lokasi bas; membantu warga emas dengan demensia; menangani lantai basah dan membantu seorang ibu di tempat turun bas.

“Program ini sebahagian daripada usaha bagi menimbulkan budaya kebaikan dalam masyarakat. Sebagai pelajar, ia menjadi titik asas bagi memulakan budaya tersebut, dan sambil mereka membesar dalam dunia ini, saya harap mereka akan terus memupuk kebaikan dalam masyarakat,” ujar Encik Winston Toh yang merupakan Pengarah Urusan (MD) TTS.

Latihan induksi ini juga mencerminkan nilai seperti kepedulian dan keselamatan, ujarnya lagi.

Para pengajar turut mengajar proses tiga langkah ‘Assess-Ask-Assist’ (Nilai-Tanya-Bantu) kepada sukarelawan.

Langkah pertama, mengharuskan mereka menilai potensi bahaya yang mungkin dihadapi oleh warga emas, seperti risiko terjatuh. Pada langkah kedua, sukarelawan dianjurkan bertanya kepada warga emas apakah mereka memerlukan bantuan. Langkah ketiga, melibatkan bantuan aktif jika diperlukan atau mengawasi jika warga emas tersebut menolak bantuan.

Tetamu terhormat bagi acara tersebut, Anggota Parlimen Bukit Batok, Encik Murali Pillai, dalam ucapannya berkata kes pembelajaran yang diajar penting demi memastikan sukarelawan dapat mengekalkan kemahiran insaniah.

Encik Murali berkata: “Yang lebih penting, saya merasakan bahawa acara ini peluang baik bagi kita melayani masyarakat... di dunia ini, keterampilan sosial sangat penting dan cara kita berinteraksi dengan orang lain menjadi sangat penting... dan keterampilan sosial dapat dipelajari dengan mendalam melalui pengalaman kehidupan nyata seperti yang disediakan oleh TTS melalui program ‘Student Co-Host’ ini.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >