Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar ITE lawat firma kesihatan, tingkat pengalaman pembelajaran

Oct 26, 2023 | 04:07 PM



Lebih 50 pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) menghadiri satu lawatan sambil belajar ke pejabat MSD Pharma (Singapore) anjuran firma itu dengan kerjasama Yayasan Mendaki.

Lawatan itu turut dihadiri Dr Wan Rizal Wan Zakariah, Anggota Parlimen GRC Jalan Besar.

MSD Pharma (Singapore) menandatangani perjanjian bersama Yayasan Mendaki pada 3 Februari dengan kehadiran Menteri Negara Kanan (Kementerian Pertahanan merangkap Tenaga Manusia) yang juga Timbalan Pengerusi Yayasan Mendaki, Encik Zaqy Mohamad, untuk bekerjasama dengan Pejabat Bimbingan Belia, #amPowered@ITE Program Bimbingan dari Februari 2023 hingga Disember 2024.

Menurut Mendaki, kerjasama itu bertujuan menyokong pelajar Melayu/Islam di ITE sambil memberi motivasi kepada mereka dari segi pembangunan peribadi dan pencapaian akademik.

Satu lawatan sambil belajar telah dianjurkan pada 20 Oktober untuk menyediakan pelajar peluang berjumpa mentor mereka dari MSD Pharma (Singapore) di pejabat mereka.

Menerusi pembelajaran melalui pengalaman, pelajar dapat melihat operasi harian sektor penjagaan kesihatan dan sains bioperubatan serta peluang pekerjaan yang berkaitan.

Selain itu, lawatan tersebut dapat membantu dalam memupuk pemahaman lebih mendalam tentang peranan mentor dan persekitaran kerja mereka, meningkatkan secara keseluruhan pengalaman pembelajaran, dan menggalakkan hubungan dunia sebenar antara teori dengan latihan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >