Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar ITE reka pelitup papar suhu badan pengguna

Jul 03, 2021 | 05:30 AM



LAPAN pelajar dari Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Timur telah mereka prototaip pelitup muka yang memaparkan suhu badan pengguna.



Pasukan ITE telah menghasilkan projek idea pelitup muka yang dinamakan TemperaMask, yang mempunyai fungsi untuk menunjukkan suhu badan pengguna di bahagian luar pelitup.



Tujuan utama projek itu ialah memudahkan lagi langkah pengurusan selamat (SMM) sekarang terutama ketika ingin daftar masuk ke tempat awam.



Pasukan daripada jurusan Pengangkutan Vertikal itu adalah antara 14 sekolah, dari sembilan negara dan wilayah, yang telah turut serta dalam cabaran pelajar global Made to Move Communities yang dikendali oleh syarikat lif Otis buat julung-julung kalinya.



Pelajar menjalani program bimbingan dengan mentor daripada Otis selama lapan minggu di mana mereka membincangkan dan mencari penyelesaian berasaskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Stem) untuk mengatasi cabaran mobiliti dalam masyarakat dalam pandemik ini.



Pengarah Urusan Otis Asia Tenggara Grant Mooney berkata:



"Pasukan ITE menghasilkan projek inovatif yang benar-benar dapat mewujudkan sesuatu yang inklusif.



"Saya gembira melihat pelajar maju dan memperbaiki kemahiran setelah lapan minggu di bawah bimbingan Otis."



Ketua kumpulan pelajar itu, Encik Muhammad Farhat Kamarudin, 18 tahun, berkata mereka sekumpulan telah memikirkan dan mencadangkan lebih 10 idea dan akhirnya idea pelitup muka itu diluluskan oleh mentor mereka.



"Cabaran terbesar bagi kami ialah pada mulanya kami buntu dan tidak tahu apa yang patut kami cadangkan. Tetapi dengan kerjasama seluruh kumpulan serta kerja keras, saya bangga dengan kumpulan ini.



"Kami berjumpa setiap Jumaat selama dua jam untuk berbincang. Ini adalah kali pertama saya mengalami projek sebegini dan setelah melihat hasil produk kami, saya sangat bangga dan tidak sangka kami dapat mengharungi kesemua keraguan yang ada," jelasnya.



Menurut pensyarah Pengangkutan Vertikal Encik Remi Md Hamdi: "Saya memerhatikan bahawa pelajar kini lebih yakin terutama dari segi komunikasi. Mereka berjaya menyesuaikan diri dengan yang berlainan usia dan lantas telah memperolehi pengetahuan dan pengalaman yang berharga.



"Dengan Stem, pelajar mempelajari idea atau penyelesaian dari perspektif yang berbeza. Stem adalah sesuatu yang bermanfaat bagi masyarakat."



Antara pelajar lain, adalah penolong ketua kumpulan, Cik Rabiatul Ardawiyah Ahmad Zaki, 18 tahun.



Beliau kongsi bahawa tempoh projek itu beliau sangat sibuk dengan latihan bola sepak tetapi dengan galakan rakan dan Encik Remi, beliau tekad meluangkan masa dan menyelesaikan projek tersebut.



Mentor pasukan ITE, Encik Josep Hendrawan yang juga pengarah mutu dan bekalan Otis berkata beliau berasa beruntung kerana terlibat menjadi mentor kepada lapan pelajar itu.



"Walaupun terdapat cabaran usia jurang yang besar, saya sangat gembira kami dapat mempelajari daripada satu sama lain," ujar mentor berusia 52 tahun itu.



Menambah, Encik Josep akur bahawa produk TemperaMask mempunyai potensi yang baik jika sesiapa ingin meneruskan dengan idea yang telah dihasilkan pelajar itu, terutama dalam pandemik ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >