Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERSONALITI

Pelajar ITE timba pengalaman jadi penganjur acara untuk artis

Jun 03, 2018 | 05:30 AM



Sejak kebelakangan ini acara seperti temu mesra bersama selebriti Malaysia semakin kerap dianjurkan. NENIE KAIRUMAN (bhnews@sph.com.sg) menemuramah dua daripada mereka yang aktif di belakang tabir dengan membantu menganjurkan acara-acara sebegini.



CIK Umie Umairah Mohd Hashim atau lebih mesra dengan panggilan Mairah, 18 tahun, pelajar tahun dua Institut Pendidikan Teknikal (ITE), memang sudah lama meminati kerja sebagai penganjur acara.



Impiannya tercapai apabila beliau diberi kesempatan melakukan kerja sambilan dalam bidang itu melalui acara pertamanya iaitu temu mesra bersama penyanyi popular Nabila Razali pada Februari lalu.



Antara tanggungjawab pelajar jurusan perkhidmatan perniagaan itu adalah menjadi penyelaras yang berurusan dengan pembuat tiket dan poster.



Beliau juga diberi tanggungjawab mengendalikan perakaunan.



Setakat ini beliau telah terlibat dengan acara oleh selebriti muda seperti persembahan showcase Asad Motawh, Ismail Izzani dan Megat Rahim dan temu mesra bersama Megat Rahim.



Cik Umie juga merupakan pentadbir kelab peminat Singapura bagi Asad Motawh dan ketua pentadbir kelab peminat Megat Rahim seluruh dunia.



Antara kepuasan yang diraih daripada pekerjaannya itu adalah menangani setiap cabaran yang dihadapi seperti sikap negatif berbaur kebencian yang ditunjukkan sesetengah netizen terhadap dirinya.



Akibat dilihat sebagai "dekat" dengan seseorang selebriti, beliau mendapat "haters" daripada media sosialnya.



Ada yang memaksanya memberi nombor telefon selebriti, ada juga mahukan alamat hotel atau maklumat penerbangan mereka.



Semuanya tidak diberikan kerana Cik Umie perlu menjaga privasi setiap selebriti itu.



"Saya tidak ambil hati orang yang kecam dan benci saya di media sosial kerana saya tahu banyak dugaan dan cabaran yang saya akan hadapi kerana berurusan dengan artis-artis popular," katanya.



Secara peribadi pula sebagai pelajar, beliau perlu membahagikan masa secara seimbang walaupun sukar.



"Pernah terjadi saya ada acara sekolah dan kerja pada hari yang sama. Apa saya buat ialah saya pergi ke acara sekolah dulu selama satu hingga tiga jam, dan selepas itu saya minta izin daripada guru untuk pergi kerja," ujarnya.



Cik Umie menghargai pengalaman yang beliau raih dalam bidang menganjurkan acara melibatkan artis dan merancang menggunakannya sebagai modal untuk perniagaan sendirinya kelak.




"Saya tidak ambil hati orang yang kecam dan benci saya di media sosial kerana saya tahu banyak dugaan dan cabaran yang saya akan hadapi kerana berurusan dengan artis-artis popular."
- Cik Umie Umairah Mohd Hashim, 18 tahun, pelajar tahun dua ITE, yang bekerja sambilan sebagai penganjur acara melibatkan artis-artis popular.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >