Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar, pemeriksa wajib guna pelitup bedah dalam peperiksaan lisan PSLE, GCE

Jun 23, 2021 | 07:07 PM



SEMUA calon dan pemeriksa lisan bagi Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) dan Sijil Am Pelajaran (GCE) Singapura-Cambridge diperlukan menggunakan pelitup bedah sewaktu tempoh peperiksaan lisan.



Ini adalah bagi mengurangkan risiko jangkitan melihat pada lebih banyak varian virus Covid-19 yang lebih mudah menjangkiti, kata Kementerian Pendidikan dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) dalam satu kenyataan bersama pada Rabu (23 Jun).



Pengenalan langkah pengurusan selamat yang lebih diperkukuh bagi peperiksaan lisan nasional yang akan datang ini adalah sebahagian usaha berterusan menjaga keselamatan dan kesejahteraan pelajar dan kakitangan sekolah.



"Memandangkan ekspresi wajah tidak diambil kira dalam penilaian, calon peperiksaan tidak akan rasa diri mereka dinilai kurang dari sewajarnya dengan menggunakan pelitup bedah sewaktu peperiksaan lisan ini," jelas MOE dan SEAB.



Langkah-langkah akan diambil bagi memastikan pemeriksa lisan dan calon peperiksaan dapat saling mendengar secara jelas.



Sebagai contoh, sebelum bermulanya peperiksaan, pemeriksa lisan akan bertanya kepada setiap calon agar menyatakan dengan kuat namanya dan nama sekolah bagi memastikan mereka saling dapat mendengar satu sama lain lebih jelas lagi.



Sewaktu peperiksaan, calon peperiksaan boleh meminta pemeriksa lisan agar mengulangi soalan atau bertutur dengan lebih kuat lagi. Begitu juga si pemeriksa. 



Pemeriksa lisan juga akan mengambil keadaan khas menggunakan pelitup sebagai pertimbangan apabila menilai setiap calon.



Langkah pengurusan selamat lain akan diteruskan bagi peperiksaan lisan tahun ini, ujar MOE dan SEAB.



Ini termasuk pemeriksaan suhu dan pemeriksaan tanda jangkitan bagi memasuki sekolah dan lokasi peperiksaan; masa calon dibenarkan keluar dari ruang peperiksaan secara berperingkat; serta penggunaan lokasi dengan aliran udara yang baik seperti dewan atau bilik darjah bagi peperiksaan.



Calon tidak akan dibenarkan duduk bagi peperiksaan kefahaman mendengar di bawah keadaan tertentu misalnya jika mereka mempunyai jangkitan Covid-19 atau diperintah menjalani kuarantin atau dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diberikan Cuti Ketidakhadiran.



MOE dan SEAB berkata peperiksaan lisan dijalankan selama beberapa hari dengan calon yang ketinggalan mengambil peperiksaan lisan pada tarikh yang ditetapkan dengan sebab yang wajar boleh mengambil peperiksaan ini pada hari berbeza dalam tempoh peperiksaan atau duduki peperiksaan gantian.



Tarikh peperiksaan lisan gantian ini akan diberikan kepada calon yang terjejas.



Calon ini juga boleh memohon bagi pertimbangan khas, yang menganugerahkan calon terjejas dengan gred yang terunjur menerusi pendekatan berpangkalan bukti dan dipacu data.



Bagi menyokong kesejahteraan murid Darjah 6, MOE dan SEAB akan meniadakan Topik Terakhir Kebiasaan (CLT) bagi PSLE tahun ini.



CLT adalah sekumpulan topik yang dikenal pasti MOE daripada sukatan subjek relevan yang diajar paling akhir bagi semua sekolah buat kohort yang bakal tamat pengajian.



Secara umum, dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan yang membawa kesan pada tamatnya pengajaran sekolah buat kohort yang bakal lulus, CLT akan digugurkan dari skop yang meliputi peperiksaan nasional.



Tahun lalu, CLT ditiadakan daripada peperiksaan nasional bagi mereka yang bakal tamat pengajian juga, kerana impak tempoh pemutus rantaian jangkitan yang dilanjutkan pada masa kurikulum dan berkenaan pengajaran dan pembelajaran.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >