Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: AZAM GEN-Z

Pelajar poly diiktiraf dek cemerlang dalam gelanggang silat

Seramai 496 pelajar diiktiraf semasa upacara Anugerah Mendaki tahun ini. Dalam acara hibrid yang berlangsung secara fizikal di Wisma Mendaki dan di alam maya itu, mereka menerima 508 anugerah yang mengiktiraf pencapaian mereka dalam bidang akademik mahupun bukan akademik. Ini termasuk Anugerah Mendaki, Anugerah Cemerlang Mendaki, Anugerah Belia Cemerlang Mendaki, Anugerah Pencapaian Akademik, Anugerah Pencapaian Khas bagi Kecemerlangan (Bukan Akademik) dan Anugerah Gemilang Mendaki. Tetamu terhomat, Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat, menyampaikan anugerah kepada penerima yang hadir di Wisma Mendaki. Berita Harian memaparkan dua daripada mereka. 
Oct 14, 2021 | 05:30 AM



SEBELUM ini, beliau berlatih bersungguh-sungguh menjelang pertandingan dan seronok menyertai pelbagai pertandingan mewakili Singapura di dalam mahupun di luar negara.



Namun dalam keadaan pandemik Covid-19 sekarang, Cik Iffah Batrisyia Noh tidak pasti bilakah pertandingan akan datang yang boleh disertainya dengan tiada kepastian bagi pertandingan yang dirancang.



"Saya rasa gelisah kerana saya seolah-olah berlatih tapi bukan untuk sebarang pertandingan.



"Tanpa kepastian juga, kadang-kadang macam tak ada dorongan tapi jurulatih saya berusaha keras memberi kami semangat," ujar atlet silat berusia 19 tahun itu.



Itulah yang menggalak pelajar tahun ketiga Politeknik Singapura (SP) yang sedang mengikuti pengajian diploma kimia gunaan itu berazam terus berlatih bersungguh-sungguh meskipun berdepan pelbagai cabaran dan perlu membuat beberapa penyesuaian dalam keadaan pandemik Covid-19 sekarang.



Antara lain, Cik Iffah perlu menempah tempat bagi latihan awal, dengan tempat latihan lebih terhad kini untuk mematuhi langkah jarak selamat.



Beliau juga harus menyesuaikan diri dengan langkah peraturan yang berubah-ubah sejajar dengan langkah pengurusan selamat yang ditetapkan selain perlu menjalani ujian swab setiap minggu.



Namun, beliau tetap gigih berlatih dan berharap dapat mewakili Singapura dalam Sukan SEA yang dijangka berlangsung di Vietnam tahun depan.



Usaha dan pencapaian Cik Iffah diiktiraf apabila beliau diberi Anugerah Pencapaian Khas bagi Kecemerlangan (Bukan Akademik) di majlis penyampaian Anugerah Mendaki baru-baru ini.



"Saya mahu membanggakan ibu bapa saya dan ahli pasukan saya.



"Ibu bapa saya khususnya telah banyak berusaha demi saya dan sejujurnya bagi saya, anugerah ini ditujukan kepada mereka," ujar Cik Iffah, yang menyertai pasukan silat nasional semasa di menengah tiga meskipun telah berjinak-jinak dengan sukan itu sejak berumur enam tahun.



Semasa pandemik ini, beliau turut menyertai beberapa pertandingan di alam maya, termasuk Kejohanan Pencak Silat Maya Antarabangsa tahun ini.



Untuk menyertai pertandingan yang berlangsung dalam talian itu, Cik Iffah berkata beliau harus merakam dirinya beraksi.



"Ini pastinya mempunyai lebih banyak tuntutan dari segi fizikal berbanding pertandingan fizikal kerana kalau ada kesilapan kecil pun, saya perlu merakamnya semula.



"Lebih mudah juga terganggu dengan keadaan di keliling semasa membuat rakaman itu apabila orang di sekitar saya membuat sesuatu yang lain.



"Oleh itu, fokus amat penting dalam saya cuba menyesuaikan diri berlatih dalam keadaan pandemik sekarang," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >