Pelajar sambilan uni, poly yang terima dermasiswa bayar yuran lebih rendah
Dec 18, 2019 | 05:30 AM
PELAJAR sambilan di universiti dan politeknik awam yang menerima dermasiswa akan membayar yuran tuisyen lebih rendah mulai tahun depan.
Semalam, Kementerian Pendidikan (MOE) mengumumkan dermasiswa bagi pelajar sambilan akan ditambah, sejajar dengan dermasiswa yang ditawarkan kepada pelajar sepenuh masa di institusi posmenengah awam.