Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar Sekolah Menengah St Anthony’s Canossian positif Covid-19, mungkin terjangkit semasa pemutus rantaian jangkitan

Jun 14, 2020 | 03:52 PM

PELAJAR Sekolah Menengah St Anthony’s Canossian yang disahkan dijangkiti Covid-19 semalam mungkin dijangkiti virus tersebut semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan, dan bukan selepas pembukaan semula sekolah.

Ini setelah ujian serologi yang dilakukan menunjukkan bahawa jangkitan itu adalah jangkitan lama.

Ujian serologi mengesan antibodi untuk menunjukkan sekiranya seseorang telah dijangkiti virus.

Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataan malam tadi mengumumkan pelajar menengah empat sekolah itu sebagai antara 347 kes baru yang disahkan semalam.

Pengarah sekolah, Kementerian Pendidikan (MOE), Cik Liew Wei Li, dalam satu kenyataan hari ini berkata pelajar itu didapati tidak sihat oleh guru darjahnya semasa pemeriksaan suhu badan harian pada 10 Jun.

Pelajar itu segera diasingkan dan dihantar pulang dan tidak kembali ke sekolah sejak itu.

Dia kemudian  disahkan positif Covid-19.

Sementara itu seramai 47 pelajar yang mempunyai kontak rapat dengan pelajar tersebut telah diuji negatif bagi koronavirus itu.

Pelajar-pelajar tersebut, dan 12 kakitangan sekolah lain, telah diberikan cuti ketidakkehadiran (LOA) atau arahan kuarantin di rumah.

Premis sekolah telah dibersihkan dan dinyahjangkit, dan kelas di sekolah bagi pelajar menengah satu, dua, empat dan lima akan diteruskan seperti biasa esok berdasarkan jadual putaran mingguan yang diumumkan sebelum ini.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >