Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pelajar Sekolah Sukan raih Anugerah Dollah Kassim The New Paper

Nov 16, 2019 | 05:30 AM



PEMAIN bola sepak muda Iman Hakim Ibrahim, 17 tahun, adalah pemenang Anugerah Dollah Kasim The New Paper 2019.



Iman, pemain nasional bawah 18 tahun, menerima anugerah itu di majlis khas yang diadakan di ibu pejabat Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) di Stadium Jalan Besar.



Pelajar Sekolah Sukan Singapura (SSP) itu dipilih mengatasi lima lagi calon - Ethan Henry Pinto dan Amir Syafiz Rashid dari SSP, Farhan Zulkifli dari Hougang United, Azri Suhaili Azar dari Geylang International dan Arsyad Basiron dari Sekolah Menengah Jurongville.



Iman, yang turut dicalon bagi anugerah tahunan itu tahun lalu, telah berlatih gigih untuk menjadi lebih kuat, kata jurulatih SSP Shahrin Shari.



Malah, berat badan pemain setinggi 1.66 meter itu telah naik 10 kilogram (kg) dari 48kg kepada 58kg sejak setahun yang lalu.



"Adalah jelas Iman telah berusaha gigih dalam gimnasium kerana beliau kini lebih kuat dan mempunyai tahap kecergasan jasmani yang lebih baik," kata Shahrin.



"Di padang, beliau juga lebih kuat dan mempunyai azam teguh untuk mempertingkat setiap aspek permainannya," tambah beliau.



Pelajar SSP itu menerima trofi dan juga peluang berlatih di luar negara yang ditaja oleh Singapore Pools.



Sebelum ini, pemenang anugerah itu diberi peluang berlatih dengan kelab Liga Perdana England Newcastle United, kelab-kelab liga Perancis FC Metz dan St Etienne serta kelab liga Belgium KRC Genk.



Mengulas tentang anugerah itu, Iman berkata:



"Saya tak sangka dapat memenangi anugerah ini... ini semua kerana ibu bapa, jurulatih dan rakan sepasukan yang sentiasa menyokong saya."



Pengarah teknikal FAS, Encik Joseph Palatsides, berkata Anugerah Dollah Kassim TNP ini mengiktiraf bukan sahaja keupayaan pemain muda malah potensinya menjadi contoh kepada pemain lain.



Menurut Encik Palatsides lagi, Iman beraksi dengan baik dalam liga Pusat Kecemerlangan dan dalam Kejohanan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Asean (AFF) bawah 18 tahun di Chonburi baru-baru ini dan layak diberi peluang berlatih dengan kelab utama di Eropah.



Tambah beliau, peluang latihan ini adalah satu lagi cara yang boleh membantu pembangunan bola sepak setempat, dengan memberi peluang pemain bola sepak muda memahami persaingan yang perlu diatasi jika ingin melangkah ke peringkat selanjutnya.



"Siapa tahu suatu hari nanti, anugerah ini membuka peluang bagi pemain setempat beraksi dengan kelab Eropah?" kata beliau lagi.



Anugerah Dollah Kasim TNP mengiktiraf keupayaan pemain bola sepak berusia 18 tahun dan ke bawah di dalam dan luar padang.



Semasa hayatnya, Dollah Kassim, yang juga digelar 'Raja Gelek', disayangi peminat bola sepak setempat dan dianggap sebagai antara pemain bola sepak paling handal. Beliau juga dikenali sebagai pemain yang berazam kuat untuk berjaya.



Beliau meninggal dunia ketika berusia 61 tahun pada 2010.



TNP, dengan kerjasama FAS, memulakan anugerah itu pada tahun yang sama sebagai penghormatan kepadanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >