Seorang pelajar Singapura di London telah meminta saksi tampil ke depan selepas mendakwa diserang sekumpulan lelaki kerana perkauman berkaitan Covid-19.
Encik Jonathan Mok, yang menurutnya sudah menuntut di London selama dua tahun, menulis tentang pengalaman itu di Facebook beliau, pada awal Selasa (3 Mac) dan memuat naik dua gambar menunjukkan mata kiri yang lebam.