Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BELANJAWAN BERDAYA TAHAN

Pelajar warga Singapura di sekolah MOE tidak perlu bayar yuran yang dinaikkan setahun

Mar 27, 2020 | 05:30 AM



WARGA Singapura yang menuntut di tadika dan sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan (MOE), serta pelajar politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) tidak perlu membayar yuran yang dinaikkan di institusi-institusi pendidikan tersebut antara 1 April 2020 dengan 31 Mac 2021, kata MOE dalam kenyataannya semalam.



"Pelajar akan membayar yuran yang dikenakan pada masa ini sepanjang tempoh setahun itu," kata MOE, yang turut berkata bahawa warga Singapura tidak perlu membayar yuran tuisyen dan kos lain yang dinaikkan dalam tempoh yang sama, apabila mengikuti program di bawah subsidi pemerintah di politeknik dan ITE.



Namun, penduduk tetap dan pelajar antarabangsa masih perlu membayar yuran baru, jika dikenakan oleh institusi pendidikan itu.



Semalam, Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat, mengumumkan bahawa pemerintah akan 'membekukan' atau menggantung semua yuran dan bayaran bagi perkhidmatan pemerintah selama setahun.



Ini sebahagian daripada keputusan pemerintah untuk bersikap fleksibel berhubung pinjaman dan yuran, untuk membantu warga Singapura mengatasi keadaan mencabar kini.



Semua bayaran pinjaman pelajar dan bayaran faedah bagi pelajar universiti dan politeknik turut digantung bagi tempoh setahun bermula 1 April ini



Dalam kenyataannya, MOE berkata semua Pinjaman Yuran Tuisyen (TFL), Pinjaman Pembelajaran (SL) dan Pinjaman Program Pelajar Di Luar Negara (OSPL) akan digantung bagi tempoh yang sama.



Menurut MOE, semua pelajar yang masih belum melunaskan pinjaman mereka tidak perlu membayar pinjaman atau faedah antara 1 Jun 2020 dengan 31 Mei 2021.



Ini termasuk lulusan yang telah memulakan bayaran ansuran dan pelajar yang akan menamatkan pengajian dalam tempoh tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >