Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelaksanaan sistem kesan wajah di sidang Parlimen dibatal dek Covid-19

Jan 21, 2021 | 05:30 AM



RANCANGAN untuk melaksanakan sistem pengesanan wajah semasa sidang Parlimen telah dibatalkan pada masa ini kerana ia tidak lagi sesuai dengan perubahan yang disebabkan Covid-19, kata Pejabat Setiausaha Dewan Parlimen.



Sistem tersebut bertujuan menjejak kehadiran Anggota Parlimen (AP) dan tender bagi mendapatkan sistem itu telah ditutup pada Disember 2019.



Tender itu tidak akan diberikan kepada sebarang syarikat, kata Pejabat Setiausaha Dewan Parlimen.



Menambah, ia berkata keadaan yang berubah, termasuk berhubung Covid-19 telah menjejas bagaimana teknologi boleh dilaksana untuk menambah kepada fungsi dan operasi fizikal di Parlimen, menjawab pertanyaan The Straits Times.



"Sebagai contoh, langkah jarak selamat yang diperkenalkan bagi sidang Parlimen, perubahan tempat duduk AP di dewan, yang kini juga mengisi galeri, telah menjejas bilangan dan tempat untuk meletakkan alat pengesanan yang diperlukan.



"Dari sudut pandang ini, Sekretariat Parlimen telah memutuskan tuntutan projek dan spesifikasi tender tidak lagi optimum atau sesuai bagi keadaan masa ini, dari segi tujuannya dan nilainya."



Sekretariat Parlimen, yang mengendalikan prosiding parlimen, memberi sokongan kepada Speaker Parlimen.



Buat masa ini, kehadiran AP bagi sidang Parlimen dilaporkan dalam dokumen seperti Laporan Rasmi dan Undian dan Perjalanan Mesyuarat, yang juga catitan rasmi minit sidang Parlimen.



Korum bagi sidang Parlimen adalah sesuku jumlah AP, kecuali Speaker.



Parlimen pada masa ini mempunyai 93 AP dipilih dan dua Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP)



Sembilan Anggota Parlimen Dilantik (NMP) diumumkan pada 14 Januari.



Di bawah Perlembagaan Singapura, kerusi seorang AP akan ditarik balik jika beliau tidak hadir di sidang Parlimen atau di sebarang jawatankuasa Parlimen bagi dua bulan berturut-turut tanpa mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada Speaker.



Kehadiran AP di sidang Parlimen, pada masa ini, dirakamkan secara manual, dan memerlukan kakitangan berada di Dewan untuk memantau kehadiran mereka.



Sistem pengesanan wajah, yang termasuk memasang sekitar enam kamera video di Parlimen boleh menjadikan proses ini automatik dan membenarkan Parlimen memastikan bilangan dan identiti AP yang hadir bagi sebarang sidang.



Ia juga boleh membenarkan pengguna mencari di dalam talian sebarang sidang Parlimen, berdasarkan kriteria yang ditetapkan seperti tarikh dan nama AP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >