Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelan induk keselamatan siber baru demi lindung sektor kritikal

Oct 01, 2019 | 02:22 PM



PELAN induk yang bertujuan untuk melindungi sistem teknologi operasi (OT) dari serangan siber yang boleh menjejas bekalan air, pengangkutan awam dan sektor kritikal lain di Singapura telah dilancar hari ini.


Pelan Induk Keselamatan Siber OT akan mengukuhkan pertahanan terhadap serangan siber dan mempermudahkan perkongsian maklumat antara sektor awam dan swasta.


Langkah tersebut diumumkan oleh Menteri Kanan Teo Chee Hean pagi tadi semasa pembukaan Minggu Siber Antarabangsa Singapura keempat.


Sistem OT merangkumi sistem yang mengendalikan infrastruktur khidmat  kritikal yang terhubung dengan alat dan komputer seperti dalam sektor tenaga, air, pengangkutan dan media.


Encik Teo, yang juga merupakan Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Nasional, menekankan bahawa serangan ke atas sistem OT merupakan antara ancaman siber yang paling membimbangkan sekarang.


Beliau telah memberi contoh bagaimana Ukraine telah mengalami serangan siber ke atas rangkaian tenaganya pada Disember 2015 yang telah menyebabkan hampir 250,000 orang hilang bekalan elektrik di tengah-tengah musim sejuk.


Pelan induk baru itu yang dibangunkan bersama Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA) dan rakan kongsi industri, merupakan respons kepada bahaya serius serangan OT, tambah Encik Teo.


Katanya, pelan induk tersebut akan memandu pembangunan keupayaan untuk melindungi sistem dalam persekitaran OT, dan mengurangkan ancaman siber terhadap OT.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >