Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KENYATAAN KEMENTERIAN SUSULI UCAPAN PRESIDEN HALIMAH YACOB: KEMENTERIAN PERHUBUNGAN DAN PENERANGAN

Pelan Induk Keterhubungan Digital baru akan dibangun: Josephine

Bina prasarana digital sedia bagi masa depan, strategik dan mampan
mci
Apr 13, 2023 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Perhubungan dan Penerangan (MCI) akan bekerjasama dengan rakan kerjasama untuk membangunkan Pelan Induk Keterhubungan Digital baru bagi membina prasarana digital yang bersedia untuk masa depan, strategik dan mampan.



Pemerintah juga akan terus melabur dalam penyelidikan dan inovasi termasuk dalam teknologikuantum dan kecerdasan buatan (AI) sebagai sebahagian daripada Pelan Penyelidikan, Inovasi dan Perniagaan 2025, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo.



Beliau berkata demikian pada Rabu semasa membentangkan rancangan kementeriannya dalam adendum (kenyataan tambahan) kepada ucapan Presiden Halimah Yacob semasa pembukaan Parlimen pada 10 April .



Menurut Cik Teo, MCI akan terus menyokong transformasi digital para peniaga tempatan, khususnya syarikat kecil dan sederhana (SME), untuk mempertingkatkan produktiviti dan meneroka pasaran baru.



Penggunaan aplikasi digital yang menyokong fungsi utama perniagaan, seperti e-pembayaran dan e-invois, juga akan diluaskan oleh kementerian itu, tambahnya.



Cik Teo memberi jaminan bahawa kementeriannya akan menyegarkan skim-skim untuk menolong syarikat merangsang keselamatan siber mereka dan meningkatkan kematangan digital keseluruhan mereka.



"Ini akan disertakan di bawah Pelan Induk Perniagaan Digital yang baru, satu panduan menyeluruh bagi sokongan pemerintah untuk pendigitalan perniagaan.



"Kami akan bekerjasama dengan rakan kerjasama untuk membentuk undang-undang antarabangsa, kayu ukur dan norma menerusi Perjanjian Ekonomi Digital dan inisiatif lain.



"MCI akan terus membantu warga Singapua meningkatkan kecekapan digital mereka untuk mengakses perkhidmatan digital dan melayari dalam talian dengan yakin di samping mengakses peluang baik dalam bidang teknologi," ujar beliau.



Cik Teo menambah bahawa inisiatif di bawah Peta Transformasi Pekerjaan Perhubungan dan Penerangan akan melengkapi pekerja dalam bidang teknologi dengan kemahiran untuk kekal berdaya saing.



"Kami akan juga membantu pekerja dalam kededua sektor perhubungan dan penerangan dan serata ekonomi, untuk meningkatkan kemahiran dan mendalami kecekapan mereka dalam bidang yang mempunyai permintaan tinggi seperti 5G, kecerdasan buatan dan keselamatan siber.



"Sebagai sebahagian daripada latihan Melakar Hala Tuju Singapura (Forward Singapore), kami akan bergandingan bahu dengan Kementerian Tenaga Manusia dan Kementerian Pendidikan, di samping rakan kerjasama industri untuk memastikan peluang baik terus dapat diakses oleh semua anggota masyarakat, menerusi inisiatif seperti Pemacu Kemahiran Teknologi untuk Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan Perikatan Politeknik.



Sementara itu, Cik Teo menekankan kepercayaan dalam kalangan rakyat dan dalam institusi dan sistem adalah penting untuk meneruskan kerancakan dan daya ketahanan masyarakat dan ekonomi Singapura.



Maka itu, kementeriannya mengambil pendekatan komprehensif untuk membina dan mengukuhkan kepercayaan.



"MCI akan terus melindungi pengguna daripada kandungan dalam talian yang berbahaya, dengan kod amalan untuk perkhidmatan media sosial dan kedai aplikasi, dan garis panduan nasihat untuk perlindungan data peribadi," ujar Cik Teo.



Beliau menambah bahawa melalui Strategi Keselamatan Siber Singapura 2021, MCI dan Agensi Keselamatan Siber Singapura juga akan meningkatkan usaha melindungi infrastruktur maklumat kritikal serta sistem dan entiti penting lain daripada ancaman siber manakala tahap keselamatan siber syarikat dan individu ditingkatkan melalui program seperti Skim Pelabelan Keselamatan Siber.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >