Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelan IP kini lindungi komplikasi vaksinasi Covid-19

Jan 26, 2021 | 05:30 AM



KESEMUA tujuh syarikat insuran yang menawarkan Pelan Perlindungan Bersepadu (IP) akan melanjutkan perlindungan bagi komplikasi vaksinasi Covid-19 yang mengakibatkan mereka dirawat di hospital.



Ini akan dilanjutkan kepada kesemua pemegang polisi IP yang menerima vaksin yang diluluskan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dan mendapatkan vaksin di Singapura.



Demikian menurut Persatuan Insuran Sepanjang Hayat Singapura (LIA) dalam satu kenyataan, semalam.



Perlindungan khas itu akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.



"Lanjutan kepada tempoh perlindungan akan dipertimbangkan lewat tahun ini selepas memantau keadaan yang kian berubah," kata persatuan itu.



Ia menambah perlindungan lanjutan itu adalah "sebagai menyokong langkah negara melindungi masyarakat dan memastikan keadaan kembali normal di Singapura."



Encik Khor Hock Seng, presiden LIA Singapura berkata:



"Industri insuran sepanjang hayat menyokong sepenuhnya usaha pemerintah untuk menggalak seberapa ramai rakyat Singapura untuk mengambil vaksin Covid-19.



"Komitmen proaktif ini daripada para anggota kami akan memberi rakyat Singapura ketenangan bahawa sebarang kesan buruk akibat mengambil vaksin yang menyebabkan seseorang dirawat di hospital akan dilindungi."



Buat masa ini, syarikat insuran yang menawarkan IP adalah AIA, Aviva, AXA, Great Eastern Life, NTUC Income, Prudential dan Raffles Health Insurance.



Pelan IP merupakan perlindungan kesihatan tidak wajib yang ditawarkan syarikat insuran privet.



Ia merangkumi dua komponen - MediShield Hayat yang dikendalikan Lembaga Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dan komponen perlindungan insuran privet tambahan yang dikendalikan syarikat insuran.



Ini termasuk memberi perlindungan bagi kelas B1 ke atas serta rawatan di hospital swasta dan privet.



Dalam laman web Kementerian Kesihatan (MOH), ia menyenaraikan beberapa kesan sampingan vaksin Covid-19 biasa yang telah dilaporkan, yang juga merupakan kesan sampingan serupa seperti daripada vaksin lain.



Ini termasuk rasa sakit, kemerahan dan bengkak di tempat suntikan, demam, rasa sejuk, pening, sakit otot, sakit sendi, rasa penat dan bengkak pada nodus limfa.



Kesan sampingan ini selalunya reda dalam masa tiga hari dengan rehat atau dengan mengambil paracetamol.



Dalam kes yang jarang berlaku, vaksin boleh menyebabkan reaksi alahan teruk dengan simptom seperti sukar bernafas, bengkak pada bahagian muka, tekak, mata atau bibir, dengup jantung yang pantas, dan rasa pening, menurut laman web MOH.



Pihak kementerian menasihati mereka yang mengalami simptom sedemikian agar mendapatkan bantuan perubatan dengan segera.



MOH akan memperkenalkan program bantuan kewangan cedera vaksin dalam masa terdekat, kata kementerian itu dalam laman webnya, sambil menambah bahawa MediShield Hayat boleh dituntut bagi komplikasi berkaitan vaksin.



Pemegang polisi yang mempunyai soalan lanjut digalak menghubungi wakil insuran masing-masing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >