Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelan M3 sokong masyarakat cari kerja, tingkat kerjaya

* Bidang fokus pada pekerjaan dilancar * Golongan bekerja sendiri dan bergaji rendah turut diberi tumpuan melalui projek utama yang dipanggil 'Jump'
Oct 12, 2020 | 05:30 AM



MASYARAKAT Melayu/Islam Singapura boleh mendapatkan lebih banyak sokongan dalam usaha mencari pekerjaan, peluang meningkatkan kemahiran dan pembangunan kerjaya serta profesional di bawah satu pelan M Kuasa Tiga (M3).



Semalam, M3 melancarkan bidang tumpuan keempat mereka, iaitu pekerjaan dan daya kerja, dalam usaha membantu dan mempersiap tenaga kerja Melayu/Islam merebut peluang di tengah-tengah landskap Covid-19 ini dan pasca-pandemik.



Pelan itu akan memberi tumpuan pada empat segmen pekerja - individu matang berusia 40 tahun dan ke atas; golongan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET); lulusan baru dan pekerja muda; serta masyarakat umum seperti mereka yang bekerja sendiri dan pekerja bergaji rendah.



Di bawah bidang tumpuan keempat itu, masyarakat akan disediakan sokongan dari segi peluang pekerjaan, peningkatan kemahiran, mobiliti kerjaya dan pembangunan profesional menerusi satu projek utama dipanggil Jump.



Bidang tumpuan keempat itu diterajui Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad.



Encik Zaqy berkata usaha itu akan menggembleng tenaga dan sumber daripada pelbagai pihak untuk membantu masyarakat memanfaatkan program dan skim nasional, dan mengadakan program khusus untuk masyarakat Melayu.



Ini termasuk kerjasama Mendaki, Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra), Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) serta badan Melayu/Islam lain seperti AMP dan Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), dan agensi pemerintah seperti Tenaga Kerja Singapura (WSG), SkillsFuture Singapura (SSG) dan Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i).



"Hari ini kita melihat bagaimana pandemik Covid-19 telah menjejas pekerjaan dan ekonomi di Singapura. Di sini kita melihat bukan saja rakyat Singapura, malah masyarakat Melayu juga terjejas dari segi pendapatan keluarga dan pekerjaan tidak menentu.



"Saya berharap dengan bidang tumpuan keempat ini, kita dapat mendekati lebih ramai daripada masyarakat kita supaya kita dapat memanfaatkan program nasional dan program masyarakat," kata Encik Zaqy ketika ditemui di Kelab Masyarakat Marsiling semalam.



Antaranya, pameran kerjaya fizikal akan diadakan di kelab masyarakat serata negara untuk menawarkan peluang pekerjaan dalam sektor pertumbuhan seperti penjagaan kesihatan, pembuatan dan khidmat sosial.



Inisiatif pendekatan masyarakat SkillsFuture@CDC akan terlibat dalam usaha itu untuk memberikan tumpuan tentang peningkatan kemahiran dan mengongsi tentang sektor pekerjaan dan bidang kemahiran baru kepada individu yang mencari pekerjaan sementara Mendaki Sense pula akan menyediakan bantuan khusus untuk mengongsi maklumat tentang pekerjaan dan kemahiran dalam permintaan bagi sektor tertentu.



Kerjasama itu menyasar mendekati 20,000 pemohon kerja termasuk 3,000 pekerja bergaji rendah, 1,000 pekerja yang mudah terjejas, dan 5,000 pelajar institusi pengajian tinggi.



Dalam pada itu, Mendaki Sense juga bekerjasama dengan rakan seperti Institut Pendidikan Teknikal (ITE) untuk mengadakan bengkel percuma dalam alam maya bagi peserta meraih kemahiran penting seperti celik digital dan kewangan, dan kemahiran teknikal yang dalam permintaan.



Kerjasama itu dijangka berlangsung sehingga Mac tahun depan dan memberi manfaat kepada 1,000 peserta dalam talian.



Laporan lanjut: Tak patah semangat cari kerja baru demi sara diri




SEKILAS BUTIRAN KEMPEN 'JUMP'



PELUANG PEKERJAAN



- Pameran kerjaya akan diadakan di kelab masyarakat serata negara untuk tawarkan pekerjaan dalam sektor pertumbuhan.



- SkillsFuture Advice@CDC sediakan sesi konsultasi, Mendaki Sense sediakan bantuan khusus. Kerjasama sasar dekati 20,000 pemohon kerja.



PENINGKATAN KEMAHIRAN



- Mendaki Sense bekerjasama dengan rakan seperti ITE untuk anjur bengkel percuma dalam alam maya bagi kemahiran seperti celik digital dan kewangan, dan kemahiran teknikal dalam permintaan. Kerjasama dijangka berlangsung sehingga Mac 2021, sasar 1,000 peserta.



MOBILITI (KERJAYA)



- Pertingkat dan perluas pendekatan dan kesan program bagi PMET dan Wanita Kembali Bekerja (BWW).



- Bagi PMET: Tumpuan untuk perluas kontak dan kemahiran menerusi sesi rangkaian profesional dan bengkel.



- Bagi BWW: Peserta dibimbing dalam tiga langkah (Step In, Step Up & Step Out) dan diberi bantuan dalam membangunkan kemahiran dan kecekapan baru.



PEMBANGUNAN PROFESIONAL



- Muis dan Mendaki Sense bekerjasama dalam pembangunan kemahiran asatizah berdasarkan Rangka Kerja Kerjaya dan Kecekapan Asatizah



- Penasihat kerjaya Sense amalkan pendekatan Ace It! dalam bimbingan kerjaya dan latihan. Ini termasuk penilaian keperluan individu, wujudkan kesedaran tentang bantuan sedia ada, bentuk laluan kerjaya dan latihan, laksana pelan latihan, penempatan pekerjaan, dan pantau kemajuan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >