Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelan masyarakat henti penyebaran HIV dan Aids jelang 2030 di Singapura dilancar

Nov 23, 2019 | 04:31 PM



PELAN tindakan masyarakat yang menyasarkan untuk menamatkan tersebarnya virus HIV dan Aids di Singapura menjelang 2030 dilancarkan hari ini.


Rangka kerja ini dibangunkan oleh 30 pertubuhan dan kumpulan, dan berharap dapat mendorong pembangunan strategi nasional untuk tamatkan HIV di Singapura.


Terdapat lebih setengah juta orang yang mempunyai risiko dijangkiti dan menyebarkan HIV di Singapura, dan majoriti merupakan lelaki heteroseksual serta lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan lelaki lain, menurut pelan tersebut dengan menukil beberapa kajian.


Menurut presiden Action for Aids, Profesor Roy Chan semasa pelancaran pelan tersebut di Sofitel City Centre, Singapura dengan populasinya yang berpendidikan, sistem penjagaan kesihatan bertaraf dunia serta program HIV yang dibiayai dengan baik berada di kedudukan yang sesuai untuk menyertai bandar lain yang boleh mengakhiri epidemik HIV menjelang 2030.


Action for Aids merupakan salah satu pertubuhan masyarakat atau kumpulan yang terlibat dengan usaha membentuk pelan tersebut dalam tempoh dua tahun lalu.


Negara lain yang mempunyai rancangan yang sama termasuk Australia, di mana Kumpulan Pertubuhan Aids Australia mengumumkan pelan tindakan untuk mengakhiri HIV pada 2020 dua tahun lalu.


Hari ini, lebih 70 bandar seluruh dunia telah menandatangani Deklarasi Paris sebagai bandar yang mempunyai matlamat untuk menghapuskan semua jangkitan HIV baru dan kematian berkaitan Aids.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >