Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

‘Pelan peralihan kepimpinan tidak tergendala walau ada kontroversi’

Aug 20, 2023 | 09:30 PM



Beberapa insiden kontroversi yang timbul baru-baru ini tidak menjejas jadual yang ditetapkan bagi peralihan kepimpinan, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, yang berkata beliau akan mengikut rancangan yang diatur semula selepas Covid-19 melanda.

Peranan beliau kini adalah memberi sokongan kepada pasukan kepimpinan 4G atau generasi keempat, ujarnya.

Pada Julai lalu, Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran, ditangkap dan dibebas dengan ikat jamin bagi satu siasatan rasuah.

Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin, dan Anggota Parlimen GRC Tampines, Cik Cheng Li Hui, pula masing-masing meletak jawatan kerana mengadakan hubungan sulit.

Merujuk kepada insiden itu dalam ucapan bahasa Inggeris di Rapat Hari Kebangsaan (NDR) pada Ahad, Encik Lee berkata:

“Kami telah menangani setiap isu dengan terperinci dan secara terbuka. Biar saya berikan jaminan: Insiden-insiden ini tidak akan membuat jadual peralihan saya tergendala,” ujar beliau.

Merujuk kepada jadual peralihan yang berubah disebabkan pandemik, Encik Lee berkata rancangan asal adalah untuk dirinya berundur sebagai perdana menteri pada 2022, sebelum hari lahir ke-70 tahun.

Namun, pandemik menjejas rancangan ini.

“Saya berjanji kepada rakyat Singapura bahawa saya akan memimpin negara mengatasi krisis, bersama dengan barisan pemimpin pada masa ini dan dengan barisan pemimpin 4G. Kini, selepas Covid-19 diatasi, rancangan peralihan saya kembali mengikut jadual yang ditetapkan,” kata Encik Lee.

Dalam pada itu, Encik Lee berkata beliau mahu pasukan 4G, yang akan menggulung usaha Melakar Hala Tuju Singapura atau Forward SG tidak lama lagi mengorak langkah permulaan yang sebaik-baiknya.


Encik Lee berkata beliau menaruh keyakinan penuh terhadap Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, dan pasukannya.

“Kami berkongsi keyakinan teras yang sama, iaitu kami adalah penjaga atau steward Singapura, yang diberi tanggungjawab amat besar untuk memimpin dan menjaga negara kita ini. Masa kami sebagai penjaga sementara sahaja, tapi kami sedang membina Singapura bagi masa depan,” terang Encik Lee.


“Dan khidmat terbaik kami kepada negara ini adalah untuk menyerahkan Singapura yang lebih baik dan lebih kuat kepada generasi yang menyusul kami.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >