Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelancong China tidak terkecuali patuh syarat ketibaan S’pura

Dec 28, 2022 | 08:50 PM

SINGAPURA akan mengekalkan peraturan Covid-19 terhadap pelancong yang masuk dari China, sedang negara itu bersedia untuk membuka semula sempadannya mulai 8 Januari ini.


Pelawat yang tidak divaksin sepenuhnya, berdasarkan definisi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), perlu menjalani ujian pra-keberangkatan, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Rabu (28 Dis).


Pelawat jangka pendek juga dikehendaki membeli insurans bagi perbelanjaan perubatan berkaitan Covid-19.

Pada ketika ini, langkah-langkah sempadan dan syarat vaksinasi semasa untuk pelawat dan pemegang pas kerja yang tiba dari China kekal tidak berubah, tambah MOH.


MOH berkata ia sedang memantau dengan teliti situasi Covid-19 antarabangsa, dan akan menyesuaikan langkah kesihatan sempadan dengan sewajarnya sekiranya perlu.


Dalam langkah yang dikenakan lewat Isnin lalu, China berkata bahawa mulai 8 Januari 2023, pelawat yang masuk ke negaranya tidak lagi perlu dikuarantin sewaktu tiba di negara itu, dalam pelonggaran lagi kawalan ketat Covid-19 yang telah menjejas ekonominya dan mencetuskan bantahan di seluruh negara.


China juga akan kembali mengeluarkan visa bagi penduduk tanah besarnya untuk melancong ke luar negara mulai 8 Januari 2023.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >