Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
7:00
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pelancong ditemui mati di Hotel Peninsula Excelsior

Apr 10, 2014 | 05:47 PM

SEORANG lelaki telah ditemui mati di sebuah bilik Hotel Peninsula Excelsior, pagi tadi.

Beberapa saksi berkata, mereka nampak sebuah ambulans dan beberapa kereta polis di luar lobi hotel tersebut, yang terletak di Coleman Street, sekitar 10 pagi.

Mayat lelaki itu kemudian dibawa keluar oleh kereta mayat sekitar tengah hari.

"Mereka membawa mayat tersebut menerusi lif penyenggaraan, dan kereta mayat itu menanti di kawasan memunggah," kata Encik Hassan Kuthus, 54 tahun, yang bekerja di sebuah kedai runcit di pusat membeli-belah Excelsior.

Lelaki itu dipercayai seorang pelancong pertengahan tahun yang tinggal di hotel itu bersendirian.

Seorang jurucakap hotel enggan memberi komen kes tersebut memandangkan polis sedang menyiasat.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3